Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang merendahkan orang
lain menyebutnya dengan "Otak Burung". Tetapi suatu hari, saya (Sahar
El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung , yang
membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat.
Berikut adalah petikan ayat tersebut:
"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak
menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia
seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka
aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat
menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang
diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)
Ini memberi saya petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya menganggap perkara ini berkaitan dengan burung gagak
kerana ayat ini jelas menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia,
dan jelas menunjukkan bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian
yang ditunjukkan oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.
Akibatnya, saya bertanya-tanya: Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti banyak orang,
saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi setelah
pencarian online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu kejutan
besar.
Pengkajian terbaru menunjukkan calon tidak terduga dari kategori binatang tercerdas adalah Gagak. Yang ternyata binatang inilah yang merupakan binatang super cerdas!
Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas
Bugnyar - Vermont University, Kanada dan St Andrews University,
Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari
gagak.
"Burung ini menggunakan logik untuk memecahkan masalah dan
beberapa kemampuannya malah melampaui dari kera besar," kata
mereka.
Dalam
pergujian ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang gagak
belum pernah lakukan sebelumnya dan naluri gagak tidak diprogram untuk
melakukannya secara semulajadi, namun gagak selalu berjaya mencari
kreativiti dan penyelesaian logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut.
Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa proses trial and error apapun!
Beberapa
pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan
binatang lain bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan
makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.
Bukti
lain kecerdasan yang tinggi dari gagak adalah bahawa gagak boleh
beradaptasi dengan kawasan yang sangat berbeza, dari padang pasir ke
pergunungan. Gagak belajar untuk mencari makanan malah dalam keadaan
paling sukar, dan gagak tahu bagaimana dan bila harus menggunakan
binatang lain untuk membantu gagak mendapatkan makanan yang gagak tidak
boleh mendapatkannya sendiri.
Ketika
para penyelidik melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para penyelidik
bertanya-tanya apa tujuan semua kecerdasan ini berfungsi, kerana burung
lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepintaran jauh lebih
sedikit?
Mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di alam daripada kehidupan burung yang sederhana?Sahar
El-Nadi
Subhanallah...
ReplyDelete