Nama lengkapnya Abdullah bin Mas’ud bin Ghofil bin Habib al-Hadzaly.
Biasanya dipanggil Abu Abdurrahman. Beliau dikenal dengan sebutan
“Habrul Ummah”(ilmuan umat Islam) seperti halnya Ibnu ‘Abbas r.a. Beliau
juga termasuk orang yang ahli fiqh.
Mengenai keislamannya, beliau masuk Islam sebelum Rasulullah datang
ke rumah al-Arqom. Rumah inilah yang menjadi bakal tempat
pengajian ajaran Islam dimana para sahabat hadir di sana.
Beliau termasuk enam orang yang masuk Islam pada awal-awal datangnya
Islam. Masa kecilnya dihabiskan untuk mengembala kambing milik ‘Uqbah
bin Abu Mu’ith di Mekkah. Maklum, orang tuanya bukan orang yang kaya
yang mampu mencukupi keperluan hidupnya.
Tubuhnya mempunyai kemiripan dengan Rasulullah, terutama ketika
berjalan dan cara jalannya. Badanya tidak terlalu gemuk agak kurus
sedikit. Agak pendek badannya. Hampir-hampir orang yang duduk itu
menyamai ketika beliau berdiri.
Kalau berpakaian kemas dan bersih. Serta
memakai wangi-wangian. Kononnya kalau beliau keluar rumah, para jiran
tahu kalau beliau sedang lalu. Beliau memang suka memakai
wangi-wangian.
Diceritakan dari Ali bin Abu Thalib bahwa suatu hari Rasulullah
menyuruh Ibn Mas’ud untuk menaiki pokok untuk mengambil sesuatu darinya.
Para sahabat yang berada dibawah pokok melihat betis Ibn Mas’ud begitu
kecil.
Mereka tertawa kerana betisnya tidak berisi. Kemudian Rasulullah
bertanya, “Kenapa kalian tertawa? Kalian tahu bahawa betis Abdullah bin
Mas’ud kelak di akhirat nanti timbangannya lebih berat daripada bukit
Uhud.”(HR.Ahmad)KisahIslami
No comments:
Post a Comment