Gunung-gunung
batu ini dibina kaum Tsamud menjadi istana, rumah, dan kubur pembesar kaum. Pahatan ukiran dan hiasan sangat halus, indah
dan menakjubkan.
Wilayah kekuasaan kaum Tsamud terbentang hingga ke wilayah Petra (Jordan). Bezanya, Petra sudah dijadikan kawasan pelancungan Jordan selain Laut Mati.
Sedangkan Mada’en Shaleh masih menjadi perdebatan antara kepentingan pelancongan Arab Saudi yang mulai menjadikan Mada’en Shaleh sebagai kawasan pelancungan, dengan para ulama yang berpendapat bahawa tempat tersebut adalah tempat peninggalan “kaum terlaknat,” sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.

Dikisahkan dalam Al-Qur’an, pada zamannya, kaum Tsamud memiliki kepakaran senibina luar biasa. Nabi Shaleh, nabi kelima dari 25 nabi dan rasul yang tertulis, diutus Allah SWT, mengajak mereka untuk bertauhid.
Namun, kaum Tsamud tidak menerima Nabi Shaleh begitu sahaja. Mereka minta ditunjukkan satu mukjizat sebagai bukti bahawa Shaleh adalah utusan Allah. Bukan itu sahaja. Di luar batas kemampuan manusia, mereka minta seekor unta betina keluar dari celahan batu-batu.
Nabi Shaleh pun berdoa meminta kepada Yang Maha Kuasa. Doanya dimakbulkan, dan keluarlah seekor unta betina dari celahan batu-catu.
Ia lalu berpesan
kepada umatnya, jangan menyakiti unta tersebut, apa lagi
membunuhnya. Azab Allah akan menimpa, jika unta tersebut
dibunuh. Kaum Tsamud akhirnya sepakat menjadi umat Nabi Shaleh.
Seiring perjalanan waktu, salah seorang umatnya kemudian mengingkari dan nekad membunuh unta tersebut. Menurut riwayat, kononnya pembunuh ini adalah utusan para pembesar kaum yang ditawar dengan hadiah seorang wanita cantik.
Nabi Shaleh sangat marah. Ia tahu, azab Allah tidak lama lagi akan datang dan menimpa ke atas kaumnya. Ini kerana, “mukjizat unta” adalah simbol kepatuhan kaum Tsamud kepada Allah.
Setelah kejadian tersebut, kaum Tsamud masih menentang Nabi Shaleh, kerana azab tidak pun datang menimpa mereka. Maka, tidak berapa lama, azab Allah pun datang. Angin puting beliung dengan suhu udara yang sangat sejuk melanda hari-hari kaum Tsamud, diiringi gempa dahsyat.
Akhirnya, kaum Tsamud tenggelam ditelan bumi. Yang tertinggal hanya beberapa rumah dan istana gunung batu sebagai hasil karya besar mereka.

Kini, tempat peninggalan ribuan tahun itu masih boleh dilihat pengunjung yang datang untuk sekadar melancong atau para arkeologi dengan tujuan penyelidikan. Jabatan Pelancungan Arab Saudi kuat mempromosikan Mada’en Shaleh sebagai tarikan pelancungan sejarah selain Dir’iyah, lokasi kota tua Raja Abdul Aziz, pengasas kerajaan Arab Saudi.huzaifahmuntalib
subhanallah. kita mesti mengambil iktibar dari peristiwa ke atas kaum tsamud nie.
ReplyDelete