Kisah ini adalah kisah benar sebuah
keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara.
Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan
anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.
Ibunya
bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut
belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya
diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang
menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.
Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah
menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.
Di sekolah
itu, setiap bulannya waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk
di bawa ke kantin sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin
boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.
Berkatalah
ia kepada ibunya: " Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu
bekerja di sawah".
Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata : "Niat
kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu saja ibu sudah
senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan ibu ya nak.
Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang akan
mengantarkannya kesana".
Namun, anaknya tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah, ibunya mula marah dan menampar anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya anak ini dipukul oleh ibunya.
Dengan berat hati, akhirnya anaknya pergi juga
kesekolah. Ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil melihat
bayangan anaknya yang pergi menjauh.
Tidak
berapa lama kemudian, dengan lemah longlai dan nafas tercungap-cungap ibunya
datang ke kantin sekolah dan menurunkan sekampit beras dari bahunya,
pengawas yang bertanggung jawab menimbang beras dan membuka kampit beras
lalu mengambil segenggam beras tersebut dan menimbangnya. Tiba tiba dia
berkata :
" Hai waris murid, kami tidak menerima beras yang isinya
campuran beras dan antah. Jangan menganggap kantin saya ini tempat
mengumpul beras campuran". Begitu malunya ibu ini, hingga tak
henti hentinya berkali-kali meminta maaf kepada ketua pengawas tadi.
Awal
bulan berikutnya ibu ini memikul sekampit beras dan masuk kedalam
kantin. seperti biasanya beras tersebut diteliti oleh pengawas. Dengan
dahi yang mengerut, ketua pengawas berkata: "Masih dengan beras yang
sama". Selepas ini kalau begini lagi, maka saya tidak boleh
menerimanya".
Ibu ini sedikit takut dan berkata : "Tuan pengawas, beras di rumah kami
semuanya seperti ini jadi bagaimana?
Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan
berkata : "Berapa luas sawah yang ibu kerjakan, sehingga berasnya boleh
bercampur seperti ini". Mendengar sindiran pertanyaan seperti itu ibu tersebut akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.
Awal bulan ketiga, ibu ini datang kembali ke sekolah. Ketua pengawas kembali marah besar
dengan kata-kata kasar dan berkata: "Kamu sebagai waris murid kenapa
begitu keras kepala, kenapa masih tetap membawa beras yang sama. Bawa
pulang saja berasmu itu !"
Dengan
berlinang air mata ibu ini pun berlutut di depan pengawas tersebut dan
berkata: "Maafkan saya tuan, sebenarnya beras ini saya dapat dari
mengemis".
Mendengar
kata ibu ini, pengawas itu terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi.
Dilihatnya ibu tua tadi duduk di atas lantai, menggulung seluarnya dan
memperlihatkan kakinya yang sudah mengeras dan membengkak.
Ibu tersebut mengesat air mata dan
berkata: "Saya menderita sakit radang sendi-sendi , malah untuk berjalan
pun susah, apalagi untuk
bercucuk tanam. Anakku sangat mengerti keadaanku sehingga mahu berhenti
sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya melarang dan
menyuruhnya terus bersekolah."
Selama
ini saya tidak pernah memberi tahu sanak saudara yang ada di kampung .
Lebih-lebih untuk memberitahu pada anakku, aku takut menjatuhkan harga
dirinya.
Setiap hari pagi-pagi buta dengan kampit kosong dan bantuan tongkat, aku pergi ke pasar, tempat orang menjual beras, hanya untuk mengemis beras beras yang tercecer di pelantar. Dengan susah payah aku pergi kedai demi kedai hanya untuk mencari beras tercicir.
Sehingga hari sudah gelap, aku pun
perlahan-lahan kembali ke kampung sendiri. Sehingga pada awal bulan
semua beras yang terkumpul memenuhi syarat untuk diserahkan kesekolah.
Pada masa ibu tua itu bercerita, secara tidak sedar air mata Pengawas itupun
mulai mengalir, kemudian mengangkat ibu tersebut dari lantai dan
berkata: "Bu sekarang saya akan melapor kepada pihak sekolah, supaya
boleh diberikan sumbangan untuk keluarga ibu."
Ibu tadi buru- buru menolak dan berkata: "Jangan, kalau anakku tahu ibunya
pergi mengemis untuk sekolah anaknya, maka itu akan menjatuhkan harga
dirinya. Dan itu akan mengganggu pelajarannya. Saya sangat terharu dengan
kebaikan hati tuan pengawas, tetapi tolong ibu agar boleh menjaga rahsia ini."
Akhirnya
masalah ini diketahui juga oleh pihak sekolah. Secara diam- diam
Pengetua sekolah tidak meminta biaya sekolah dan biaya hidup anak tersebut
selama tiga tahun. Setelah tiga tahun kemudian, anak tersebut lulus
masuk ke perguruan tinggi Qing hua dengan nilai 627 point.
Di hari anugerah sekolah, Pengetua sekolah sengaja mengundang ibu anak ini
duduk di tempat duduk utama. Ibu ini merasa aneh, begitu banyak
murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa hanya beliau yang
diundang.
Yang
lebih aneh lagi di sana masih terdapat tiga kampit beras. Pengawas
sekolah tersebut akhirnya maju ke depan dan menceritakan sebuah kisah
tentang seorang ibu yang mengemis beras demi sekolah anaknya.
Pengetua
sekolah pun menunjukkan tiga kantong beras itu dengan penuh terharu dan
berkata kepada para hadirin seraya menunjuk pada ibu tadi : "Inilah sang ibu dalam cerita tadi."
Dan
mempersilakan ibu yang luar biasa tersebut untuk naik ke atas pentas. Anak ibu tersebut dengan ragu-ragu melihat ke arah
gurunya yang sedang menuntun ibunya berjalan ke atas pentas.
Ibu dan nak ini pun saling bertatapan. Pandangan ibu yang tajam dan
lembut kepada anaknya membuatkan anak tidak dapat untuk menahan
tangisnya, dipeluknya susuk tua dihadapannya itu dan merangkul erat
ibunya sambil terisak sambil berkata: "Begitu mulianya engkau Ibu,
sungguh aku tak boleh untuk membalasnya……situslakalaka
MOBYDICK said...
ReplyDeleteSubhanallah,mahasuci engkau Ya Allah,kerana memberikan seorang manusia sengan hati yang suci bersih...
July 11, 2011 12:26 AM