Sunday, April 3, 2011

Makhluk raksasa ditemui di Syney , mungkin sama seperti makhluk misteri ini ......sambungan.......

7. Bunyip.


Ciri-ciri:
  • Ekornya seperti kuda.
  • Mempunyai sirip.
  • Taringnya seperti singa laut.
  • Sesetengah orang mengatakan mempunyai tanduk.
  • Dalam legenda dikatakan makhluk ini memerangkap mangsanya untuk memasuki paya, danau atau sungai tempat dimana monster ini tinggal
  • Bunyinya seperti tangisan ketika malam hari sewaktu mencari mangsa.
Bunyip yang bererti iblis atau roh jahat adalah makhluk mistik yang berasal dari cerita rakyat Australia. Berbagai gambaran dan penjelasan tentang makhluk ini telah diberikan sejak zaman kolonial di Australia.

Makhluk yang tercatat dalam Mythologi Aborigin ini juga dipastikan adalah jenis binatang yang hampir pupus..

Pada tahun 1846 dijumpai tulang belulang di dalam sungai Murrumbidgee yang berada di New South Wales. Beberapa pengkaji menyimpulkan bahawa tulang tersebut adalah milik makhluk yang belum pernah diketahui oleh pengkaji mana pun.

Pada tahun 1874, tulang yang dikatakan tulang Bunyip dipamerkan di Australian Museum (Sydney) selama dua hari dan akhirnya dicuri dari museum itu.

The Great Bunyip adalah kawasan yang dipercayai sebagai tempat tinggal Bunyip. Kawasan paya-paya di sekitar Greta,Victoria Australia. Penduduk tempatan sering mendengar raungan keras yang misteri yang datang dari rawa tersebut.

Pernah suatu ketika paya tersebut dikeringkan demi mencari makhluk ini,. dan akhirnya suara suara misteri tersebut hilang.Beberapa orang percaya bahawa bunyip pindah ke kawasan lain sebagian lainnya mengatakan bahawa bunyip akan mati jika habitatnya dimusnahkan.

Diperkatakan, bahawa bunyip adalah sebahagian dari mahluk Cryptozoologi seperti diprotodon atau jenis binatang megafauna lainnya yang sepatutnya telah pupus 50 ribu tahun yang lalu.

Jeritan Possum atau Koala sering dikatakan raungan bunyip,. suara Barking Owl (sejenis burung hantu) kadang juga disalah tafsir sebagai suara bunyip kerana bunyi spesies burung yang tinggal di hutan dekat danau ini mirip dengan tangisan wanita atau anak anak yang menakutkan.

Tapi mustahil suara tersebut boleh disalah tafsir oleh orang-orang aborigin kerana suku asli Australia ini tahu betul dengan suara suara binatang tersebut.

Kesimpulan sementara,bunyip adalah salah satu jenis Quinkana. Binatang seperti buaya yang hidup di masa pra-sejarah yang sepatutnya pupus 40 ribu tahun yang lalu.

8. Megalodon.


Ciri-ciri:
  • Ikan Hiu saiz besar
Nenek moyang dari Great White Shark ini hidup sekitar 1-25 juta tahun lalu dan memiliki panjang badan kira-kira 40 hingga 60 meter!! bandingkan dengan hiu putih terbesar yang hanya mempunyai panjang 15-20 meter. 
 
Sebenarnya Megalodon yang dikatakan masih hidup ini belum pernah ditemui dan didokumentasikan. Namun, menurut para ahli biologi dan marin arkeologi bahawa mereka masih boleh menemui tinggalan gigi dari Megalodon di dalam laut, dan fossil gigi megalodan yang paling muda masih berumur antara 10,000-15.000 tahun yang lalu.

Bagi skala evolusi dan fossil umur 10.000 tahun ini masih termasuk “baharu'" dibanding zaman dinosaur yang telah pupus ratusan bahkan jutaan tahun yang lalu.

Banyak ahli Cryptozoology percaya jika Megalodon masih ada di dunia, jumlahnya sangat-sangat sedikit dan hidup di perairan dalam yang jarang ditemui manusia.

9. Belum ada nama


Baru-baru ini, ahli dari kumpulan perubatan dan kehakiman Moskwa telah melakukan penentuan untuk ke lima kalinya terhadap satu mayat misteri sepanjang 25 cm.

Ahli pengkaji dari Rusia yakni W. Chernoburov mengatakan bahawa mayat ini tidak termasuk dalam organisme apa pun yang sudah diketahui, sebab mereka tidak berjaya menemui molekul DNA ini. Oleh itu mayat ini dinamakan “Makhluk luar angkasa Ural”

Menurut laporan, bahawa mayat misteri ini ditemui pada musim panas tahun 1996 oleh seorang wanita tua di kawasan Ural, Rusia.

Ketika itu, mahluk kecil ini masih dalam hidup, kepalanya seperti bawang yang terbungkus, tidak mempunyai telinga, matanya besar seperti mata kucing, tidak boleh bercakap, hanya boleh meringit. Wanita tua yang menemuinya telah membawanya pulang, namun tidak lama kemudian makhluk kecil ini mati.

Sepasukan pengkaji Rusia kemudian pergi ke kawasan Ural, dengan maksud untuk mengkaji mayat makhluk misteri ini. Namun, malang wanita tua tersebut menemui ajalnya dalam satu kemalangan, dan mayat makhluk misteri itu pun ikut lenyap.

Awalnya dicurigai sebagai janin yang keguguran. “mayat angkasa luar” yang hilang ini kemudian ditemui oleh mantan polis Bendelyn.

Tenyata Bendelyn menangkap seorang yang disangka pencuri kabel setempat, dan menyita bungkusan yang dibawanya, dari bungkusan itu ia menemui mayat makhuk aneh berbentuk mummi.

Doktor bidang urologi (bahagian penyakit saluran ) yakni Uskever, adalah doktor pertama yang melakukan pemeriksaan terhadap mayat makhluk misteri ini. Ia berkata, bahawa mayat makhluk berbentuk mummi ini sama besarnya dengan janin manusia yang berusia 20 minggu.

Dan menurut doktor genekologi dan sakit puan setempat bahawa mayat ini mungkin janin yang belum matang pembesarannya atau janin yang gagal. Polisi setempat mulai percaya bahawa itu adalah janin manusia, dan yang ia dikatakan adalah kes keguguran yang sama.

Namun, Bendelyn memutuskan meminta pakar perubatan untuk melakukan pemeriksaan mayat secaramendalam , memastikan apakah ia janin yang mati keguguran atau janin yang sengaja digugurkan.

Pakar autopsi mayat memastikan bahawa itu adalah pembentukan makhluk hidup baru. Ketua bahagian anatomi dari hospital setempat iaitu Shamohikyn telah melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap makhluk misteri ini.

Dan secara mengejutkan ia berkata, bahawa ia (organisme-red) bukan mayat manusia, juga bukan mayat binatang apa pun, tapi suatu mayat dari pembentukan makhluk hidup baru.

Doktor Shamohikyn berkata : “makhluk hidup ini dipastikan bukan golongan manusia, tengkorak mahkluk ini kurang dua kerangka dari manusia, selain itu, struktur kerangka lainnya juga tidak sama dengan struktur kerangka manusia, perbezaan-perbezaan ini tidak seperti kelainan kongenital (kelainan bawaan).”

Secara berturut-turut ilmuwan Rusia telah 5 kali melakukan penentuan laboratorium terhadap “mayat makhluk misterius” ini, dengan tujuan dapat mengetahui asal dan perkembangannya.

Baru-baru ini penentuan DNA dilakukan oleh ahli dari pkumpulan perubatan dan kehakiman Moskwa ,dan hasilnya sangat mengejutkan. Ilmuwan Rusia Chernoburov mengatakan : “kami menemui satu gen dari sample DNA makhluk ini, gennya sama sekali berbeza dengan gen manusia atau antropoid (kera mirip manusia).

Pada masa ini kami tidak menemui gen apa pun yang sepadan dengannya dalam laboratorium kami. Sebelum ini kami belum pernah melihat makhluk mana pun yang mempunyai molekul DNA seperti ini.Zonamaya.info

No comments:

Post a Comment