Salam,
Bersembang dengan orang atas pagar di kampung tidak sama bersembang dengan orang atas pagar berpengetahuan. Itulah kesimpulan penulis apabila diajukan dengan persoalan yang penulis sendiri sukar menjawabnya.
Apabila seorang kawan yang nampak neutral tetapi kritikal terhadap parti pemerintah dan pembangkang di Malaysia. Isunya yang dibincangkan mengenai kemampuan Gobala membeli tanah berharga RM 1.4 juta di Kelantan.
Penulis mengharap kawan berkenaan memberi respon yang positif terhadap tindakan Saifuddin mendedahkan perkara berkenaan . Penulis beritahu yang penulis tidak yakin SPRM akan siasat Gobala kerana Gobala sudah menyebelahi BN dengan mengambil contoh ADUN Kulim yang cuba dibeli.
Namun jawapannya , "sama sahaja SPRM ka, Umno ka, PAS ka. Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga". Tersentak penulis kerana sebut nama PAS . Penulis tanya apa yang sama? dia kata baru-baru ini ada laporan oleh Fauzi Muda kepada SPRM mengenai kewangan luar kemampuan pemimpin PR di Perak.
Kawan ini berkata, ada pemimpin PAS Perak yang lepas jadi wakil rakyat boleh pakai kereta mewah, ambil duit mana? bila sakit boleh duduk hospital swasta berhari-hari , ambil duit mana?.
Penulis tanya dia ada bukti ka, dia kata dia baca banyak blog , twitter, fb bukan pembangkang sahaja. Penulis kata mungkin wakil rakyat PAS itu dah memang banyak duit sebelum jadi wakil rakyat.
Kawan ini berkata, "itulah kau sama macam pemimpin PAS yang lain, kau sepatutnya pi la bagi tahu pemimpin tinggi PAS siasat wakil rakyat tu bukan dok pertahan saja, kau kata kat Umno sedangkan PAS pun sama macam Umno lindungi pemimpin yang seleweng"
Kawan penulis kata lagi, " Setakat nak dapat salinan bil hospital, resit kereta, resit bank semua tu dalam tangan Umno, jangan bila mai pilihanraya esok baru kelam kabut nak jawab" . Penulis kata, nanti penulis siasat. Lepas tu sembang bab lain pula.
Balik rumah penulis cari google nak tengok semula berita tentang dakwaan Fauzi Muda itu dan berjumpa di sini
Memang Fauzi Muda ada buat dakwaan beberapa pemimpin terbabit boleh beli rumah, boleh pakai kereta mewah, boleh duduk hospital swasta sedangkan dulu susah.
Penulis rasa tak senang hati bila ada kawan yang jauh duduk di luar negara boleh tahu berita politik Malaysia dan buat perbandingan macam tu. Mungkin dia ada maklumat dari blog tertentu, mungkin kawan-kawan Umno di Malaysia yang bagi maklumat.
Penulis rasa bukan dia sahaja yang berpandangan demikian , ramai lagi generasi muda yang banyak maklumat mempunyai pandangan sedemikian. Mengapa , PAS tidak ambil tindakan kepada pemimpin yang terbukti berbelanja di luar kemampuan. Tidakkah sama sahaja macam Umno.
PAS Perak kena siasat siapa wakil rakyatnya yang berkemampuan memiliki kereta mewah , boleh beli rumah baru, boleh membayar hospital swasta selama berhari-hari . Itu yang diberitahu , siasat juga kemewahan berbelanja wakil rakyat PAS yang berada dalam gengaman Umno tapi masih belum didedahkan.
Sepatutnya pimpinan PAS terutama di Perak lebih mengetahui tentang wakil rakyat PAS yang didakwa ini kerana mereka bersama pimpinan PR memegang tampuk pemerintahan. Tentulah mereka lebih tahu dari ahli di luar.
Rakyat sedang menilai ketelusan PAS dalam menangani isu pemimpin bermasalah. Usaha melindungi pemimpin PAS bermasalah hanya akan menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan PAS.
Kena ingat bukan semua rakyat duduk di kampung, generasi muda mempunyai banyak maklumat termasuk mengenai pemimpin PAS. Pimpinan PAS boleh sahaja berkata, biar SPRM siasat kalau salah, salahlah.
Tapi jika mereka sendiri mengetahui tingkah laku pemimpin PAS bermasalah namun masih membiarkan tanpa tindakan. Tiada tindakan kerana nak menjaga imej parti, tiada tindakan kerana pemimpin ini dikenali. Bagi penulis samalah dengan jawapan Umno melindungi pemimpinnya yang bermasalah.
Penulis memang tertekan sama ada hendak menulis atau tidak tetapi penulis dah simpan lama sehinggalah perasaan mendesak untuk menulis bila mendengar hujah kawan di sini. Biarlah ada yang akan marah penulis kerana bagi penulis jika tak menulis begini akan ramai lagi pemimpin PAS yang berani menyeleweng dari perjuangan.
Laporan Fauzi Muda sudah berada di tangan SPRM dan penulis yakin laporan lengkap itu ada bersama Umno. Memang penulis pun pada asalnya tak ambil hirau tentang laporan berkenaan. Tapi bila ada kawan atas pagar bercakap demikian, penulis rasa Umno sudah ada senjata untuk menyerang PR di Perak.
Malah senjata itu disimpan dan hanya akan dikeluarkan apabila tiba hari pilihanraya. Bak kata kawan penulis, bukan payah untuk Umno dapatkan laporan dari bank, dari pemaju perumahan, dari syarikat kereta, dari hospital swasta.
Bagi penulis kemenangan PAS dalam PRU ke 13 nanti bukan sahaja bergantung kepada gerak kerja tetapi juga tarbiyyah. Bukan mudah untuk dapat kemenangan kerana ada syarat-syarat untuk mencapai kemenangan. Kenapa? kerana ini parti Islam bukan parti kebangsaaan.
Memang penulis akui tarbiyyah yang penulis dapat tidak seberapa mana jika dibandingkan pimpinan PAS . Bagi penulis, melindungi pemimpin bermasalah bukanlah tarbiyyah dalam PAS.
Penulis juga risau kerana sudah pemimpin pemuda PAS yang kata kepada penulis, " kalau semua nak ikut prinsip, teruk la" apabila penulis bersembang mengenai gejala pemimpin bermasalah dalam PAS.
Penulis ingatkan bahawa manusia boleh melindungi kesalahannya, parti boleh lindungi pemimpinnya tapi ingatlah Allah Maha Mengetahui.
Wassalam
Komen terdahulu :
ReplyDeletealias said...
Saya rasa tulahan tidak patut rasa prajudis terhadap tuduhan umno yang org pas sama macam mereka. Kerana ini buruk sangka dan fitnah namanya. Biarkan undang-undang mengikutnya. Kita mesti letakkan bahawa rasuah itu haram, fitnah itu haram dan menudauh org tanpa membawa bukti seperti mahadir tulis itu bakan sahaja haram tetapi penyaksian beliau tidak boleh diterima oleh Islam.
March 11, 2011 8:07 PM
Tulahan said...
Kena faham bahawa tulisan ini menuntut siasatan dalaman PAS. Ini bukan fitnah, PAS kena siasat jika ada wakil rakyat sedemikian.
Tidak kata PAS macam Umno, tapi khuatir PAS macam Umno tangani isu sebegini.
Yang tahu dan terlibat akan lebih memahami
March 11, 2011 8:31 PM
Fauzi Muda tu pembohong besar.Laporan Malaysiakini pada keluaran Rabu, 4 Mac 2009, Fauzi Muda mendakwa kononnya telah ditawarkan RM50 juta oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya merangka pembelotan untuk Barisan Nasional.Sila baca entri saya di sini
ReplyDelete