Sunday, February 6, 2011

Tangan kanan tidak mampu diangkat kerana engkar ajaran Nabi Muhammad

1001 Kisah Teladan (Ambil Hikmahnya)

Kisah-kisah orang yang meremehkan atau tidak mahu menurut ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan akibat yang mereka peroleh di dunia.

Terdapat sebuah riwayat yang diriwayatkan oleh Muslim.

عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ حَدَّثَنِى إِيَاسُ بْنُ سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

Dari Ikrimah bin ‘Ammar, (beliau berkata) Iyas bin Salamah bin Al Akwa’ telah berkata bahawa ayahnya mengatakan kepadanya ,ada seorang lelaki makan dengan tangan kirinya berhampiran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Makanlah dengan tangan kananmu.” 

Lalu dia mengatakan, “Aku tidak mampu.”

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Engkau memang tidak akan mampu”.

Tidak ada yang menghalanginya untuk mentaati Nabi kecuali rasa sombong.

Akhirnya, dia tidak boleh lagi mengangkat tangan kanannya ke mulut. (HR. Muslim no. 5387)

An Nawawi dalam Syarh Shohih Muslim mengatakan, “Perkataan ‘Tidaklah ada yang menghalanginya kecuali rasa sombong’, ini bukan bererti dia adalah munafik. Kerana semata-mata ada rasa sombong dan mengenepikan perintah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidaklah mengharuskan adanya nifak dan kekufuran dalam diri seseorang. Akan tetapi perbuatan ini adalah maksiat, mengingatkan bahawa perintah itu adalah perintah yang harus diperhatikan.”kisahteladan

No comments:

Post a Comment