Tuesday, December 14, 2010

Tulahan : Takutnya Ustaz Tahap Gaban

Salam,

Go to fullsize image

Ada permintaan penulis paparkan tulisan penulis pada hujung 2008 lalu. Tulisan berkaitan ustaz2 yang takut berjuang sedangkan mereka mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Kadang2 rasa kasihan kepada pejuang jamaah yang terpaksa buat kerja jamaah yang patutnya mudah jika ada ustaz gerakkan.Bacalah..
Masa nak urus kemasukan anak bongsu ke sekolah rendah Islam tempat baru penulis. Penulis dengar cerita dari isteri pasai keenganan suami kawannya hantar anak ke sekolah rendah Islam kerana takut jika mereka pindah kemana2, anaknya tak boleh dah masuk sekolah kebangsaan.

Suaminya ni Ustaz, mengajar di sebuah universiti. Tak tahulah macam mana suaminya boleh fikir sampai tahap tu. Tapi bagi penulis bukan itu alasan sebenarnya. Yang betulnya Ustaz ni takut sebab sekolah ni dikelola oleh orang PAS, jadi kalau pentadbir universitinya tahu dia akan disingkir.

Sebenarnya dia takut pada bayang2ya sendiri. Walaupun yg tadbir sekolah ini orang PAS, banyak ahli akademik yg hantar ke sekolah ini untuk penuhkan ilmu agama anak2 disamping ilmu akademik biasa. Hatta anak nazir kementerian pun ada hantar di sini. Anak doktor, jurutera, cikgu, pensyarah sampai anak Pengarah Uitm cawangan pun hantar. Tak tahu macam mana ustaz ini boleh takut nak hantar.

Inilah yg berlaku sekarang, bukan orang biasa yang takut tapi orang yang penuh ilmu agama yang takut. Dalam perjuangan pun macam tu juga. Kat kawasan tak ramai ustaz2 ini yg berani berjuang dalam jemaah. Mungkin di Kelantan dan Terengganu ramai, tapi kawasan lain boleh kira dengan jari. Balik dari Mesir, Jordan, Pengajian Islam UM,UKM, UIA bila dah kerja kerajaan kira kena ikut akujanji.

Kawasan penulis pun macam tu, hanya sorang yang berani. Ustaz2 lain yang mengajar sekolah kerajaan semua takut. Bukan tak dijemput, tak dipujuk dah macam2 dibuat tapi tetap tak berani. Jawapan mereka " kami sokong kot belakang". Mungkin nak tunggu pencen. Sampai tahap pi ceramah pun takut.

Yang ramai berjuang sekarang lulusan bukan agama, cikgu2 akademik biasa. Sebab tu bila orang dok bising profesional nak kuasai jamaah, penulis tak heran. Sebab bukan salah profesional, salah ustaz2 penakut ini yang tidak isi kekosongan dalam jamaah. Apa nak heran profesional jamaah kita pun boleh jadi macam Tayyib Erdogan, Aziz Rantissi, Rashid Ghounussi, Najmuddin Erbakan.

Cerita bab takut ini, jamaah tak suruh pun naik pentas ceramah. Apa yang takut sangat?. Takut kena tukar. Itu cerita dulu2, la tak ramai yang kena tukar sebab kerajaan tak mahu hilang duit bayar elaun pindah. Takut tak naik pangkat, apalah sangat pangkat tu bukan boleh bawa mati. Tapi yang penulis dok perati. Cikgu2 yang aktif jamaah pun naik pangkat, dapat cemerlang. Sebabnya mereka ini cemerlang dalam tugas bukan pemalas.

Ada yang cerita, ada ramai SB yang dok perati mereka jadi tak boleh berjuang. Habis, cikgu2 yang dok berjuang tak dak SB ikut mereka?. Mana ada SB nak ikut, depa pun ada kerja lain. Yang pastinya, hangpa takut pada bayang2 sendiri.

Nak cerita pasai orang takut berjuang ini banyak.Penulis boleh cerita sejak berjuang kat kampus dulu sampai la ni. Biaq dululah, kalau rajin penulis cerita. Cuma penulis inggatkan kepada mereka yang takut berjuang. Sedarlah rezeki Allah yang kurniakan. Kalau Allah nak tarik rezeki kita, tak nanti berjuang jamaah. Tak berjuang pun Allah boleh tarik rezeki kita.

Contohnya, tiba-tiba saja anak kita sakit kena keluarkan duit banyak untuk buat pembedahan. Itu Allah sedang tarik rezeki kita la tu. Tiba-tiba kita kemalangan jalanraya, patah kaki atau sakit berpanjangan guna duit banyak untuk berubat. Itu Allah tarik rezeki kita la tu. Macam2 lagi boleh jadi, Allah Maha Kuasa.
Boleh juga baca pengalaman Ust. Idris Ahmad di sini
Wassalam

No comments:

Post a Comment