Salam,
Penulis membaca kisah ini dalam buku anak penulis, pernah juga penulis dengar kisah ini. Kisah ini patut dibaca oleh mereka yang memegang amanah rakyat , para yang berhormat dan sesiapa sahaja yang terlibat menguruskan kewangan untuk orang miskin.
Inggatlah, amanah ini akan dipersoal oleh Allah. Jika ada sumber kewangan tapi tak diberi kepada orang yang memerlukan , bimbang kita tak dapat menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak. Bacalah kisah ini. Insaflah.
Saidina umar al-khattab r.a adalah khalifah Islam kedua selepas saidina Abu Bakar.Beliau adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kehidupan hamba rakyat di bawah pemerintahannya.
Biasanya pada sebelah malam, beliau akan menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan hidup rakyatnya.
Pada suatu malam, Saidina Umar mengajak Ibnu Abbas untuk menemaninya bagi meninjau keadaan rakyatnya malam itu.
Ketika mereka tiba di pinggir kota Madinah, tiba-tiba mereka terdengar suara kanak-kanak menangis sayup-sayup dari jauh.
'Mengapakah kanak-kanak itu menangis?' , soal saidina Umar.
'Entahlah wahai Amirul Mukminin. Mari kita dekati rumah itu' , cadang Ibnu Abbas.
Lalu mereka berdua pun mendekati rumah tersebut. Dari celah-celah dinding rumah yang usang itu, mereka dapat melihat seorang ibu sedang memasak sesuatu di atas dapur sedang anak-anaknya pula riuh rendah menangis meminta sesuatu.
'Diamlah wahai anak-anakku! Sabarlah,sekejap lagi makanan akan masak!' , pujuk si ibu tadi.
Kanak-kanak itu terus menangis. Setelah lama menunggu, Saidina Umar dan Ibnu Abbas merasa hairan kerana makanan yang dimasak di atas dapur tidak juga masak.
Untuk mengetahui keadaan sebenarnya,lantas Saidina Umar pun menghampiri pintu rumah dan memberi salam.
Si ibu tadi menjawab salam dan membuka pintu.Lalu Saidina Umar dan Ibnu Abbas masuk dan bertanya
Si ibu tadi menjawab salam dan membuka pintu.Lalu Saidina Umar dan Ibnu Abbas masuk dan bertanya
'Wahai ibu,kenapa anak-anak ini menangis?'
'Anak-anak saya sebenarnya lapar, tuan!'
'Apa yang telah ibu masak? ', tanya Saidina Umar lagi.
'Saya masak air dan batu! ' , jelas si ibu tadi.
'Air dan batu? Mengapa? ' tanya Saidina Umar penuh kehairanan.
'Di rumah saya ini sudah tiada apa-apa lagi makanan yang boleh dimasak, tuan. Sedangkan anak-anak saya lapar dan meminta-minta makanan. Saya terpaksa berpura-pura merebus ubi agar anak-anak saya merasa gembira dan berharap masakan itu akan masak. Nanti apabila mereka penat menangis, mereka akan tertidur.' , jelas si ibu sambil menitis air mata menanggung derita kemiskinan.
'Mana ayah mereka?'
'Ayah mereka sudah lama meninggal dunia. Kami orang miskin.'
'Inilah kerja Umar Al-Khattab , Dia sesungguhnya tidak melihat ke bawah, apakah keperluan rakyatnya sudah terlaksana atau belum'
Saidina Umar amat terharu sekali mendengar penjelasan dari ibu tua itu. Tanpa berlengah-lengah lagi Saidina Umar memohon kebenaran untuk pulang sebentar dan berjanji akan datang semula.
Sampai sahaja di Madinah, Saidina Umar pun terus mengambil tepung dan minyak sapi di Baitulmal.
Ibnu Abbas bertanya, " tidak bolehkah kita tunggu esok sahaja untuk serahkan barang makanan itu"
Ibnu Abbas bertanya, " tidak bolehkah kita tunggu esok sahaja untuk serahkan barang makanan itu"
Saidina Umar menjawab, ' Engkau pastikah usia ku akan panjang sampai esok pagi. Jika aku mati malam ini sudah tentu aku akan dipersoalkan oleh Allah kerana tidak menjalankan amanah yang diberikan kepadaku'
Dipikulnya sendiri tepung yang berat itu. Ibnu abbas merasakan sepatutnya dialah yang memikul tepung gandum yang berat itu. Lalu berkata:
'Wahai Amirul Mukminin! Biar saya sahaja yang membawa tepung gandum yang berat ini?' pinta Ibnu Abbas.
'Biar aku sahaja yang membawanya' , jawab saidina umar ringkas
'Benarkanlah saya yang mengangkatnya saja wahai Amirul Mukminin !' , mohon Ibnu Abbas sekali lagi.
'Apakah kau sanggup memikul dosa-dosaku di akhirat nanti?' tanya Saidina Umar kepada Ibnu Abbas.
Ibnu Abbas terdiam. Dia tidak berani membantah lagi.
Kemudian mereka terus menuju rumah kanak-kanak tadi. Apabila sampai, tanpa membuang masa Saidina Umar menghidupkan api dan memasak makanan untuk kanak-kanak itu.
Setelah masak, disenduknya makanan itu ke dalam mangkuk dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak itu sehingga mereka kenyang.
Setelah kenyang, mereka pun tidur. melihat kepada kesungguhan dan tingginya budi dua orang tetamu yang tidak dikenalinya pada malam itu, si ibu pun bersuara:
'Mudah-mudahan Allah SWT akan membalas budi baik tuan. Sepatutnya tuanlah menjadi Amirul Mukminin,bukannya Saidina Umar al-khattab!'
Saidina Umar dan Ibnu Abbas tersenyum mendengar kata-kata itu.
'Sudahlah ibu, janganlah bersedih lagi. Nanti saya akan sampaikan perkara ini kepada khalifah.'
Lantas Saidina Umar dan Ibnu Abbas mohon untuk pulang ke rumah. Malam itu, mereka berasa puas dan gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan pertolongan.
Penulis berharap kisah ini menjadi teladan yang baik kepada pemegang amanah rakyat. Lihatlah betapa takutnya Saidina Umar kepada amanah yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.
Wassalam.
Penulis berharap kisah ini menjadi teladan yang baik kepada pemegang amanah rakyat. Lihatlah betapa takutnya Saidina Umar kepada amanah yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment