Saturday, January 31, 2009

Tulahan : Pilihanraya kecil Perak jika dua Adun PKR lompat BN

Salam,

pkr permatang pc 230808 perak exco jamaluddin and osman
Heboh , 2 Adun PKR di Perak akan masuk BN. Dengar cerita depa dah ada di rumah Najib. Tunggu masa nak umum keluar saja. 

Mungkin nak tunggu lepas sambutan Jubli Perak pemerintahan Tuanku Sultan Perak. Tapi kalau umum juga dalam sehari dua ni, memang jenis tak tau hormat la.

Ramai yang dengar kata tanya pimpinan jamaah kat Perak macam mana cerita ni?. Jawapannya, berita tu khabar angin sahaja. Tapi minta kawasan-kawasan  buat solat hajat supaya kerajaan PR kekal kukuh.

Sekiranya betul dua orang ni masuk BN, PR masih boleh perintah Perak cuma lebih satu kerusi kerana ADUN Bota seberang ke PKR. Kalau tak seberang, lama dah kerajaan PR jatuh.

Kerajaan PR Perak akan tinggal 30 kerusi, manakala BN 29 kerusi. Lebih satu kerusi macam Kelantan selepas Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Friday, January 30, 2009

Tulahan : Tangan kanan hancur Israel, tangan kiri hidupkan Israel

Salam,


Balik raya Cina di Parit Buntar, pi himpunan dana amal Palestin. Tolong kawan-kawan, tapi tak banyak yang dapat ditolong sebab dah sedia semua. Penulis tak nak cerita tentang program malam tu, tapi penulis nak sembang pasai satu poster boikot barangan Amerika dan Israel yang diedar malam tu.

Poster tu jelas paparkan barangan yang patut kita boikot. Penulis akan sentuh satu benda yang patut umat Islam boikot, tetapi tak ramai yang guna benda ini boleh boikot. Benda ini, setengah ulama kata haram, setengah kata makruh.

Lama penulis nak tulis pasai benda ini, tapi fikir juga kat kawan-kawan yang masih berasap dengan benda ini. Tak jadi tulis, tapi kali ini tulis juga sebab penulis rasa patut tulis. 

Kat mana-mana, bila ada demo protes Israel. Ramai yang datang termasuk juga pelangan benda ini. Tangan kanan angkat kutuk Israel, tangan kiri berasap dengan rokok yang bantu Israel. Mungkin depa tak tau, tapi ramai yang tau sengaja buat-buat tak tau.

Ada kawan bagi tahu, semua jenama rokok ada sumbangannya kepada Israel. Rokok daun ya kot yang tak termasuk. Bayangkan kalau umat Islam yang menjadi perokok boikot rokok, pasti Israel akan rasa kesannya.