Saturday, January 31, 2009

Tulahan : Pilihanraya kecil Perak jika dua Adun PKR lompat BN

Salam,

pkr permatang pc 230808 perak exco jamaluddin and osman
Heboh , 2 Adun PKR di Perak akan masuk BN. Dengar cerita depa dah ada di rumah Najib. Tunggu masa nak umum keluar saja. 

Mungkin nak tunggu lepas sambutan Jubli Perak pemerintahan Tuanku Sultan Perak. Tapi kalau umum juga dalam sehari dua ni, memang jenis tak tau hormat la.

Ramai yang dengar kata tanya pimpinan jamaah kat Perak macam mana cerita ni?. Jawapannya, berita tu khabar angin sahaja. Tapi minta kawasan-kawasan  buat solat hajat supaya kerajaan PR kekal kukuh.

Sekiranya betul dua orang ni masuk BN, PR masih boleh perintah Perak cuma lebih satu kerusi kerana ADUN Bota seberang ke PKR. Kalau tak seberang, lama dah kerajaan PR jatuh.

Kerajaan PR Perak akan tinggal 30 kerusi, manakala BN 29 kerusi. Lebih satu kerusi macam Kelantan selepas Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.


Pandangan penulis, Pimpinan Pakatan kena buat sesuatu sebelum mereka berdua umum keluar. Pimpinan Pakatan kena bincang serius benda ini, jangan sangka baik mereka ini tak lompat. 
Kena fikir, adakah boleh perintah Perak dengan kelebihan satu kerusi? atau fikir alternatif lain.

Penulis tak yakin kerajaan PR yang lebih satu kerusi ini akan kukuh seperti lebih 3 kerusi sebelum ini. Tak rasa akan kekal macam Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru. Kelantan dulu, semua Adun jamaah, di Perak campur dari tiga parti. Yakinkah akan kekal?

Cadangan penulis, jika 2 Adun tadi isytihar masuk BN. MB perak kena jumpa Tuanku minta bubar DUN Perak, buat pilihanraya kecil satu Perak. Mandat baru dari rakyat perlu kerana dari rakyatlah kerajaan PR dibentuk hari ini. 

Tidak boleh bertahan dengan kelebihan satu kerusi. Lagipun kerusi yang lebih itu adalah kerusi lompat. Kerajaan ini tidak akan gentlemen lagi.

Tak perlu takut buat Pilihanraya kecil Perak kerana mood rakyat masih bersama PR. Buktinya, PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, bahang tsunami masih bergelora.  Rakyat di Perak pun masih belum puas pemerintahan PR, mereka sudah mula merasa nikmat pemerintahan PR. 

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa agar kedua-dua Adun PKR ini tak jadi lompat parti. Namun jika lompat juga, penulis harap cadangan penulis ini akan dibincangkan oleh pimpinan Pakatan.

Cadangan ini bukan kerana tak mahu Pakatan perintah Perak, tapi mahu kerajaan PR yang kuat perintah Perak.

Wassalam. 



No comments:

Post a Comment