Salam,
Berita jam 8.00 tv3 pada 3/1/09 ada memaparkan pandangan dari email seorang penontonnya yang mempertikaikan arahan mewajibkan tali pinggang belakang kerajaan. Beliau merujuk kepada kemalangan yang meragut 10 nyawa di Gua Musang.
Baginya, kemalangan yang berlaku bukan kerana tidak memakai tali pinggang tetapi sikap pemandu yang memandu laju.
Penulis ingin berkongsi pandangan berkaitan kemalangan yang kerap berlaku ini. Adakah kerana pemandu laju maka kerap berlaku kemalangan?. Adakah kita sedar? , banyak terjadinya kemalangan kerana pemandu tidak lepas memotong kenderaan dihadapannya.
Sebagai pemandu, adakah kita akan berada di belakang kenderaan di hadapan yang perlahan?. Jawapannya, ramai yang akan memotong. Jadi bila ramai yang memotong, ada diantaranya yang tak lepas memotong dan bertembung dengan kenderaan bertentangan. Terjadilah kemalangan.
Maka, punca utama kemalangan ialah pemandu yang memandu perlahan. Had laju 90 km/j tetapi pemandu yang perlahan memandu 50 km/j. Jika ada seratus kenderaan di belakangnya, maka 100 kenderaan ini akan memotongnya. Tak lepas memotong berlakulah kemalangan.
Sebab itu, kadar kemalangan tinggi di jalan persekutuan dan jalan negeri berbanding lebuhraya. Lebuhraya, jalannya banyak lorong. So ada ruang selesa memotong kenderaan yang perlahan. Jalan persekutuan dan jalan negeri ada dua lorong sahaja, ruang memotong terbatas dan bahaya.
Sebab tu juga di negara barat, kadar kemalangannya rendah. Jalanraya di negara barat ada banyak lorong.
Polis selalu adakan operasi perangkap kelajuan. Laju lebih dari had laju kena saman. Tapi kemalangan tetap tinggi. Kerajaan dapat duit banyak dari bayaran saman rakyat Malaysia.
Namun, ada dak kita tengok polis saman pemandu perlahan di Malaysia. Kalau ada pun, 0.001 %. Undang2 untuk pemandu perlahan ini ada, tapi polis banyak saman pemandu laju. Rakyat Malaysia sekarang bukan takut mati, tapi takut kena saman polis.
Oleh itu, jangan salahkan orang yang memotong memandu laju. Tetapi salahkan pemandu kenderaan yang dipotong kerana memandu perlahan dari had laju dibenarkan. Jika polis mula saman pemandu perlahan ini, tentu tak ramai yang memotong sebab semua pemandu memandu ikut kadarnya.
Penyelesaian kedua, kerajaan kena bina naik taraf jalanraya persekutuan dan negeri dari dua lorong kepada empat lorong bagi memudahkan bukan sahaja pemandu memotong malah pemandu yang memandu perlahan.
Pemandu yang memandu perlahan ini pun kena jaga juga. Mereka ini, kadang2 orang tua, kereta tua atau orang perempuan. Namun ada juga yang pandu perlahan kerana saja2 perlahan, guna handphone dalam kereta, bercinta dengan awet dalam kereta atau kepala penuh angan2.
Kerajaan dapat bayaran saman banyak dari rakyat Malaysia. Duit subsidi harga minyak rakyat kepada kerajaan pun banyak. Gunalah untuk turunkan kadar kemalangan. Jangan hanya bebankan rakyat dengan macam2 undang untuk kurangkan kematian dalam kemalangan.
Tulisan ini bukanlah nak bela pemandu laju. Memandu mestilah ikut kadar yang ditetapkan. Cuma, nak minta kerajaan kenalpasti betul2 punca kemalangan. Jangan hanya salahkan rakyat kerana kadar kemalangan tinggi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment