Wednesday, February 10, 2016

Tulahan : Tiga penjuru di Selangor, PAS tertekan PH boleh menang

Salam,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/selangor.jpg

Minggu ini panas dengan beberapa isu yang melibatkan parti politik PAS dan Amanah. Isu paling panas membabitkan Adun PAS DUN Paya Jaras yang memakai pakaian didakwa seperti Dewa Kekayaan semasa meraikan orang Cina pada satu majlis sempena Tahun Baru Cina

Penulis simpati dengan apa yang dihadapi Adun Paya Jaras selepas majlis itu. Beliau diserang kerana kesilapan memakai pakaian itu. Beliau menyangka pakaian kostum itu adalah pakaian maharaja Cina. Beliau juga sudah meminta maaf , jadi sepatutnya tidak perlu dipanjangkan. Beliau ada keluarga jadi hormatilah keluarganya.

Kepada yang membelanya, tak perlu melebih-lebih sehingga mengaitkan DSAI yang memakai pakaian tradisional orang India. Tak perlu nampak bodoh membelanya, sehingga menganggap Islam tak percaya dewa jadi tak jadi masalah memakai pakaian dewa. Yang bertentangan dengan ajaran Islam tetap salah walaupun siapa pelakunya dan  yang meminta maaf patut dimaafkan.

Mengapa Adun Paya Jaras sanggup berpakaian kostum itu? Jawapan penulis, kerana mahu menarik hati pengundi Cina kekal mengundi PAS. Dilema Adun Paya Jaras , itulah yang dihadapi pemimpin PAS Selangor. Mereka bertanding di kawasan lebih 30 peratus pengundi Cina, jika tiada sokongan pengundi Cina jangan harap akan menang kerusi.

Nak mengharap bertanding satu lawan satu, pemimpin utama PAS ramai yang mendabik dada sanggup bertanding tiga penjuru. Jadi tidak dapat tidak, mereka terpaksa melakukan pelbagai cara menarik undi orang Cina. Bagi mereka, usaha mereka itu sekurang-kurangnya mampu tarik  20 ke 30 peratus undi orang Cina dan berpeluang menang tipis kerusi ditandingi

Mereka semakin tertekan apabila pemimpin parti Amanah membuat kenyataan akan bertanding di semua kerusi PAS di Selangor. Nampak jelas ketakutan pemimpin PAS Selangor apabila mereka menjadikannya kenyataan ini isu besar dengan menuduh parti Amanah ditolak PKR dan DAP untuk bertanding kerusi kedua parti itu. Sedangkan mereka pun tahu parti Amanah ini mengantikan tempat PAS dalam Pakatan Harapan.

Mengapa parti Amanah berani bertanding di kerusi PAS? Bukan sahaja kerana parti ini mengantikan PAS dalam pakatan pembangkang tetapi parti ini tahu akan menang banyak kerusi walaupun bertanding tiga penjuru di Selangor.


Semasa Ijtimak Pilihanraya PAS Selangor , terdapat kenyataan pemimpinnya bahawa ada lapan kerusi dalam bahaya. Bagi penulis, bukan lapan malah semua kerusi dalam bahaya jika bertanding tiga penjuru.

Untuk melihat sokongan pengundi pada PRU 13 kepada Pakatan Rakyat (PR) , rujuk data di bawah :

BIL
DUN
JP
M
C
I
MAJ
PARTI
N1
Sg Ayer Tawar
15187
83
13
4
1416
BN
N2
Sabak
22131
80
14
6
399
PAS
N3
Sg Panjang
26590
83
15
2
2183
BN
N4
Sekinchan
16247
57
41
2
2239
DAP
N5
Ulu Bernam
20933
68
17
15
3032
BN
N6
Kuala Kubu Baru
21186
33
45
22
1702
DAP
N7
Batang Kali
43578
65
18
17
5398
BN
N8
Sg Burong
22697
85
12
3
3013
BN
N9
Permatang
19636
58
22
18
1026
BN
N10
Bukit Malawati
16118
57
12
31
806
BN
N11
Ijok
18639
48
18
34
739
PKR
N12
Jeram
27541
78
13
9
2834
BN
N13
Kuang
24319
62
22
16
1255
BN
N14
Rawang
32208
23
52
25
9241
DAP
N15
Taman Templer
49368
52
35
13
7467
PAS
N16
Batu Caves
30869
61
15
24
3261
PKR
N17
Gombak Setia
46285
77
13
10
1681
PAS
N18
Ulu Kelang
46136
81
15
4
2881
PAS
N19
Bukit A/bangsa
34467
57
37
6
4044
PKR
N20
Lembah Jaya
48668
55
32
13
8713
PAS
N21
Chempaka
42995
58
36
6
9608
PAS
N22
Teratai
40862
35
59
6
13646
DAP
N23
Dusun Tua
46038
55
38
7
4071
PAS
N24
Semenyih
42344
56
27
17
4145/1423
BN
N25
Kajang
38965
48
42
10
6824
PKR
N26
Bangi
53268
66
20
14
11838
PAS
N27
Balakong
42829
34
56
10
13542
DAP
N28
Sri Kembangan
37042
8
84
8
22078
DAP
N29
Sri Serdang
72769
48
36
16
16251
PAS
N30
Kinrara
34241
26
59
15
14604
DAP
N31
Subang Jaya
61688
31
57
12
28069
DAP
N32
Seri Setia
39548
53
18
29
4663
PKR
N33
Taman Medan
44974
61
21
18
3731
PKR
N34
Bukit Gasing
34584
14
71
15
15842
DAP
N35
Kg Tunku
32007
21
67
12
13685
DAP
N36
Damansara Utama
53394
11
84
5
30689
DAP
N37
Bukit Lanjan
39978
30
57
13
17200
PKR
N38
Paya Jaras
43617
58
30
12
5522
PAS
N39
Kota Damansara
44948
56
30
14
1527/5785
BN
N40
Kota Anggerik
54952
70
17
13
4503
PKR
N41
Batu Tiga
45005
70
13
17
3805
PKR
N42
Meru
39457
60
28
12
9079
PAS
N43
Sementa
40406
46
28
26
7846
PKR
N44
Sg Pinang
42995
28
67
5
11309
DAP
N45
Selat Klang
36892
64
26
10
2754
PAS
N46
Pelabuhan Klang
39972
54
28
18
2994
PKR
N47
Pandamaran
27594
25
59
16
9176
DAP
N48
Kota Alam Shah
29507
17
58
25
13369
DAP
N49
Sri Andalas
56763
41
24
35
15633
PKR
N50
Sri Muda
49146
50
26
22
12510
PKR
N51
Sijangkang
30581
66
16
18
2942
PAS
N52
Teluk Datuk
24340
33
45
22
5391
DAP
N53
Morib
33553
60
23
16
766
PAS
N54
Tanjong Sepat
22213
52
28
13
682
PAS
N55
Dengkil
38400
71
12
17
2317
BN
N56
Sg Pelik
23749
45
33
22
1972
DAP

Majoriti PR di kawasan jumlah pengundi Cina lebih 40 peratus pengundi Cina sangat besar sehingga ada yang mencapai 68 peratus di DUN Damansara utama. Kerusi yang di menangi PAS mempunyai majoriti besar jika jumlah pengundi Cina besar seperti di Sri Serdang mencapai 16251 undi. Semakin kecil jumlah pengundi Cina semakin kecil majoriti undi yang diperolehi PR.

Penulis membuat analisa berdasarkan pola sokongan kepada semua parti BN, PH dan PAS (boleh rujuk analisa pada artikel sebelum ini). Rujuk peratus sokongan kepada parti politik pada jadual di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
MELAYU
52
26
22
CINA
12
5
83
INDIA
25
30
45

Berdasarkan pola sokongan ini, penulis membuat analisis terhadap kesan pertandingan tiga penjuru di Selangor  . Dapatan ini menyaksikan PAS tidak mampu menang walaupun satu kerusi di Selangor. 15 kerusi yang dimenangi semasa PRU 13, empat kerusi iaitu Sabak, Gombak Setia, Ulu Kelang dan Sijangkang akan dirampas BN.

Sabak , Gombak Setia dan Ulu Kelang kerana kerusi berkenaan mempunyai pengundi Melayu lebih 77 peratus. Manakala , Sijangkang yang mempunyai 66 peratus pengundi Melayu akan dimenangi BN kerana peratus majoriti kemenangan adalah kecil hanya 10.83 peratus berbeza dengan DUN Bangi yang peratus majoriti kemenangan besar iaitu 25.17 peratus. Rujuk DUN Gombak Setia di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
JUMLAH
MELAYU
40
20
17
77
CINA
1.6
0.6
10.8
13
INDIA
2.5
3.0
4.5
10
JUMLAH
44.1
23.6
32.3
100

Tujuh kerusi lain iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Paya Jaras, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat  yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 60 peratus akan dimenangi PH. Meru dan Bangi walaupun mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu boleh dimenangi PH kerana peratus majoriti kemenangannya besar menandakan sokongan pengundi semua kaum di kedua-dua DUN itu kepada PH cukup besar. Rujuk DUN Paya Jaras di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
JUMLAH
MELAYU
30.2
15.1
12.7
58
CINA
3.6
1.5
24.9
30
INDIA
3.0
3.6
5.4
12
JUMLAH
36.8
20.2
43.0
100

Dua DUN lagi iaitu Selat Kelang dan Morib yang mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 60 peratus akan menjadi perebutan sengit antara PH dan BN kerana peratus majoriti kemenangannya kecil di bawah 10 peratus.

Terdapat empat kerusi lagi iaitu Taman Medan sebelum ini dimenangi PKR dan Kuang, Permatang, Bukit Malawati sebelum ini dimenangi BN turut mengalami stiuasi yang sama kerana mempunyai peratus majoriti kemenangannya kecil di bawah 10 peratus. Rujuk DUN Taman Medan di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
JUMLAH
MELAYU
31.7
15.9
13.4
61
CINA
2.5
1.1
17.4
21
INDIA
4.5
5.4
8.1
18
JUMLAH
38.7
22.4
38.9
100

Sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku, BN mampu kekalkan tujuh kerusi iaitu Sg Ayer Tawar, Sg. Panjang, Ulu Bernam, Batang Kali, Sg Burong , Jeram dan Dengkil kerana kerusi-kerusi ini mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 65 peratus pengundi Melayu

BN juga dijangka merampas enam kerusi yang dimenangi PR pada PRU 13 iaitu Sabak, Gombak  Setia, Ulu Kelang, Kota Anggerik, Batu Tiga dan Sijangkang. Kerusi-kerusi ini mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 70 peratus. Rujuk DUN Sabak di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
JUMLAH
MELAYU
38.4
24.0
17.6
80
CINA
1.7
0.7
11.6
14
INDIA
1.5
1.8
2.7
6
JUMLAH
41.6
26.5
31.9
100

Namun, BN dijangka gagal mengekal kemenangan kerusi Kota Damansara dan Semenyih yang mempunyai jumlah pengundi Melayu hanya 56 peratus. Ada yang berhujah, BN menang dulu kerana tiga penjuru, jadi kenapa akan kalah kali ini. Semasa PRU 13, tiga penjuru berlaku tanpa persetujuan dan tanpa disangka. Pengundi keliru, yang mana patut dipilih kerana kedua-dua parti menentang BN. Kali ini, pengundi sudah tahu parti mana yang benar-benar menentang BN walaupun tiga penjuru.

Mengapa PKR masih mengekalkan hubungan dengan PAS untuk mencapai hasrat pertandingan satu lawan satu? Kerana PKR akan kehilangan dua kerusi iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga. Manakala satu kerusi iaitu Taman Medan dalam bahaya. Rujuk DUN Kota Anggerik di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
JUMLAH
MELAYU
36.4
18.2
15.4
70
CINA
2.0
0.9
14.1
17
INDIA
3.3
3.9
5.8
13
JUMLAH
41.7
23.0
35.3
100


DAP pula tidak banyak terkesan kerana bertanding di kerusi lebih 40 peratus pengundi bukan Melayu. Peratus majoriti kemenangan pula sangat besar di semua kerusi dimenangi. Hanya Kuala Kubu Baru dan Sg Pelik menang di bawah 10 peratus. Namun, kedua-dua kerusi masih boleh dimenangi PH walaupun kerusi yang ditandingi DAP mendapat kurang 20 peratus undi Melayu. Rujuk DUN Kuala Kubu Baru di bawah :

KAUM
BN
PAS
PH
JUMLAH
MELAYU
17.2
9.9
5.9
33
CINA
5.4
2.2
37.4
45
INDIA
5.5
6.6
9.9
22
JUMLAH
28.1
18.7
53.2
100






Secara keseluruhan, PH mampu membentuk kerajaan dengan 37 kerusi yang ada peluang besar dimenangi. BN pula akan menambah kerusi kepada 13 berbanding PRU 13. Ada enam kerusi akan menghadapi perebutan sengit antara PH dan BN. Namun, parti mana pun yang menang di enam kerusi ini tidak menjejaskan peluang PH memerintah Selangor.

Jadual di bawah menunjukkan peratus majoriti pada PRU 13 , pada jadual ini juga ditandakan warna oren untuk DUN yang dijangka dimenangi PH, biru untuk yang dijangka dimenangi BN dan merah untuk DUN yang menjadi perebutan sengit antara BN dan PH.

BIL
DUN
JM
M
C
I
MAJ
% MAJ
N1
Sg Ayer Tawar
12970
83
13
4
1416
10.91
N2
Sabak
18742
80
14
6
399
2.12
N3
Sg Panjang
23403
83
15
2
2183
9.32
N4
Sekinchan
14274
57
41
2
2239
15.68
N5
Ulu Bernam
18023
68
17
15
3032
16.82
N6
Kuala Kubu Baru
18101
33
45
22
1702
9.40
N7
Batang Kali
38735
65
18
17
5398
13.93
N8
Sg Burong
20219
85
12
3
3013
14.90
N9
Permatang
17460
58
22
18
1026
5.87
N10
Bukit Malawati
14080
57
12
31
806
5.72
N11
Ijok
16602
48
18
34
739
4.45
N12
Jeram
24792
78
13
9
2834
9.61
N13
Kuang
21410
62
22
16
1255
5.86
N14
Rawang
27869
23
52
25
9241
33.15
N15
Taman Templer
43028
52
35
13
7467
17.35
N16
Batu Caves
26443
61
15
24
3261
12.33
N17
Gombak Setia
40211
79
12
9
1681
4.18
N18
Ulu Kelang
40095
81
15
4
2881
7.18
N19
Bukit A/bangsa
29264
57
37
6
4044
13.81
N20
Lembah Jaya
42126
55
32
13
8713
20.68
N21
Chempaka
37058
58
36
6
9608
25.92
N22
Teratai
36019
35
59
6
13646
37.85
N23
Dusun Tua
40689
55
38
7
4071
10.00
N24
Semenyih
37356
56
27
17
4145/1423
3.80
N25
Kajang
34290
48
42
10
6824
18.32
N26
Bangi
47016
66
20
14
11838
25.17
N27
Balakong
37911
34
56
10
13542
35.72
N28
Sri Kembangan
33121
8
84
8
22078
66.65
N29
Sri Serdang
64017
48
36
16
16251
25.38
N30
Kinrara
30309
26
59
15
14604
48.18
N31
Subang Jaya
53052
31
57
12
28069
52.90
N32
Seri Setia
33237
53
18
29
4663
14.02
N33
Taman Medan
38008
61
21
18
3731
9.81
N34
Bukit Gasing
21178
14
71
15
15842
58.28
N35
Kg Tunku
26042
21
67
12
13685
52.54
N36
Damansara Utama
44638
11
84
5
30689
68.75
N37
Bukit Lanjan
34752
30
57
13
17200
49.49
N38
Paya Jaras
38571
58
30
12
5522
14.31
N39
Kota Damansara
39313
56
30
14
1527/5785
14.71
N40
Kota Anggerik
48625
70
17
13
4503
9.26
N41
Batu Tiga
39306
70
13
17
3805
9.68
N42
Meru
35436
60
28
12
9079
25.61
N43
Sementa
35800
46
28
26
7846
21.91
N44
Sg Pinang
37058
28
67
5
11309
30.66
N45
Selat Klang
3I514
64
26
10
2754
8.73
N46
Pelabuhan Klang
34784
54
28
18
2994
8.60
N47
Pandamaran
24089
25
59
16
9176
38.09
N48
Kota Alam Shah
25227
17
58
25
13369
52.99
N49
Sri Andalas
49457
41
24
35
15633
31.60
N50
Sri Muda
43106
50
26
22
12510
29.02
N51
Sijangkang
27151
66
16
18
2942
10.83
N52
Teluk Datuk
21667
33
45
22
5391
24.88
N53
Morib
29732
60
23
16
766
2.57
N54
Tanjong Sepat
20000
52
28
13
682
3.41
N55
Dengkil
33947
71
12
17
2317
6.82
N56
Sg Pelik
21011
45
33
22
1972
9.38

PAS akan menerima kesan paling teruk dijangka gagal memenangi sebarang kerusi. Ada yang menyanggah  penulis pada analisis lepas dengan mendakwa PAS ada lebih sokongan di DUN Gombak Setia dan Ulu Kelang walaupun pengundi Melayu lebih 79 peratus.

Dakwanya, masjid dan surau makmur penuh dengan jamaah . Itulah cara mereka analisis, lihat kepada ramainya orang di ceramah, ramainya orang di masjid dan surau. Tahukah mereka yang pergi ke surau dan masjid tak semestinya orang PAS. Alhamdulillah jika surau dan masjid makmur, makmur kerana dimakmurkan apabila PR memerintah. Banding la semasa BN  memerintah, surau dan masjid tak makmur.

Sekiranya pun, jumlah pengundi menyokong PR lebih 50% pada PRU 13 , jumlah itu akan terpecah kepada PAS dan PH dan membolehkan BN menang. Boleh Rujuk DUN Sabak di mana sokongan pengundi Melayu PAS dan PH melebihi BN tetapi tetap kalah kerana tiga penjuru.

Untuk melihat banyak atau tidak sokongan orang Melayu kepada PR pada PRU lepas , lihat peratus majoriti kemenangan. Majoriti DUN Gombak Setia dan Ulu Kelang kecil di bawah 10 peratus, maknanya tiada bezanya dengan sokongan Melayu di Dun-Dun lain. Berbeza dengan DUN Bangi lebih 25 peratus menandakan sokongan Melayu besar kepada PR. Sokongan pengundi Cina kepada PR sama untuk semua Dun.

Penulis sebenarnya tidak mahu PAS rugi kerana sikap sombong sesetengah pemimpin yang mendakwa mendapat sokongan rakyat walaupun bertanding tiga penjuru. Ramai yang marahkan PAS meminta penulis tidak lagi menulis meminta PAS memikirkan semula tindakan bertanding tiga penjuru.

Mereka minta penulis tidak berharap kepada PAS kerana sudah tidak boleh dinasihati. Bagi mereka, biarkan PAS merasai kesan bertanding tiga penjuru. Apabila PAS tiada kerusi dan tiada negeri , barulah PAS sedar . Pada masa itu,  PAS tidak akan dipedulikan lagi oleh BN.

Bagi penulis , PAS masih ada peluang berpatah balik dan jika PAS kembali, peluang rakyat merasai pemerintahan baru akan tercapai. Rakyat akan terlepas dari kesengsaraan di zaman pemerintahan BN ini. Namun , jika PAS kekal sombong, penulis berdoa PH mampu memerintah negara walaupun bertanding tiga penjuru.


Wassalam 

6 comments:

School Of Tots said...

Siapa penulis ini?

JALAN 3/39 said...

Tulisan yang logik dan berfakta berdasarkan pola dan situasi pru13. Namun penulis boleh hubungkan lagi saraf otak penulis dan pembaca dgn pru12 & pru11.
Generasi pasca reformasi dan milenium telah bercambah dan kini adalah generasi anti tppa dan gst..
Boleh kembangkan fakta dan hubungkan saraf saraf yg masih belum berhubung.

powertrain1648 said...

Penganalisa PANdir kot

powertrain1648 said...

Penganalisa PANdir kot

Tulahan said...

Berhujah jangan mudah menghukum

najmiwahidi said...

Saya melihat ada fakta dan logik dalam analisis penulis, sayang sekali ada pihak mengambil mudah akan analisis ini.apapun kepada parti yang bertanding selamat maju jaya. InsyaAllah parti yang mampu membawa negara ke arah lebih sejahtera pasti dipilih rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...