Sunday, January 24, 2016

Tulahan : Bertanding tiga penjuru, BN menang PAS malang



Salam,
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmMfr380scvwW_xnj-JpeqrN4ORXCqkotdvdCUUsyVNBT7glvLyNzcYH8TIViYpQ7EuUxuBtNfDxsJD8klcoAy_wbT5pKG1hnwgH15GwqXn7fEOeG1yDqcboQHMUhzQ_nDsHpFv2s2j8v3/s1600/dun.png


Pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) sudah semakin hampir, tempohnya berakhir pada Mac 2018. Ramai penganalisis politik meramalkan PRU 14 akan diadakan pada 2017 . Justeru , jika PRU 14 berlangsung 2017, maknanya tahun depan sudah tidak lama. Bagaimana sokongan pengundi kepada parti-parti politik di Malaysia? , adakah sama seperti PRU 13?

Keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) mencapai 53 % berbanding Barisan Nasional (BN) sebanyak 47%. Bagaimanapun, sistem pilihanraya di Malaysia membolehkan BN memerintah kerana mempunyai lebih kerusi berbanding PR. 

Menjelang PRU 14, pertembungan PR dengan BN sudah tidak dapat disaksikan lagi. PR sudah berkubur apabila PAS dan DAP tidak boleh bersama lagi dan muncul sebuah parti Islam generasi baru, Amanah. DAP, PKR dan Amanah telah membentuk gabungan parti pembangkang baru iaitu Pakatan Harapan (PH), manakala PAS berkali-kali melaungkan pendiriannya rela bertanding sendirian walaupun menerima pujuk rayu PKR bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru.

Sebelum PRU 13, penulis banyak membuat analisis ramalan pencapaian antara PR dan BN dalam pertandingan dua penjuru . Namun kali ini, penulis akan memberi analisis merujuk kepada pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS.

Penulis akan menggunakan data asas analisis seorang penganalis , yang memberikan data hampir tepat purata undi diterima BN dan PR mengikut kaum pada PRU 13 . Datanya seperti di bawah :


Negeri/
%
Melayu (BN)
Melayu (PR)
Cina
(BN)
Cina
(PR)
India
(BN)
India
(PR)
Selangor & KL
62
38
12
88
25
75
PP
62
38
13
87
22
78
NS & Melaka
82
18
8
92
31
69
Perak
63
37
13
87
69
31
Kedah
57
43
10
90
55
45
Johor
84
16
11
89
59
41
Terengganu
53
47




Kelantan
47
53






Data di atas menunjukkan sokongan pengundi Melayu kepada BN melebihi PR kecuali Kelantan. Jumlah sokongan pengundi Melayu paling tinggi kepada BN di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mencapai 84%.
Pengundi Cina pula memberi sokongan kepada PR melebihi BN. Jumlah sokongan pengundi Cina kepada PR hampir sekata untuk semua negeri diantara 84 hingga 90 %.

Manakala, sokongan pengundi India pula berbeza antara negeri. Sokongan pengundi kepada PR agak besar di Selangor &KL, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka. Berbeza pula di negeri Perak,Kedah dan Johor , dimana sokongan pengundi India BN melebihi PR.

Adakah pola sokongan ini akan kekal? Kekal hanya untuk pengundi Cina, berubah bagi pengundi Melayu dan India. Semua tahu, kerajaan pimpinan DS Najib sekarang cukup lemah dilanda pelbagai skandal, rakyat sekarang cukup terbeban dengan cukai GST. Pemberian BRIM bukan lagi sesuatu yang mengembirakan kerana bebanan dan tekanan tidak terkawal akibat kenaikan kos hidup.

Pada PRU 13 , sokongan pengundi atas pagar Melayu pergi kepada BN menyebabkan undi Melayu BN meningkat 10 hingga 15% berbanding PRU 12. Keadaan ini akan berbeza pada PRU 14, sokongan pengundi atas pagar akan pergi pula kepada pembangkang samada PH atau PAS.



PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14
Negeri/
%
Melayu (BN)
Melayu
(BN)
Melayu (PR)
Melayu (PH/PAS)
Selangor & KL
62
52
38
48
PP
62
52
38
48
NS & Melaka
82
72
18
28
Perak
63
53
37
47
Kedah
57
47
43
53
Johor
84
74
16
26
Terengganu
53
43
47
57
Kelantan
47
37
53
63


Bagaimana pecahan pengundi Melayu kepada PAS dan PH?. Perlu diakui, PAS mempunyai kelebihan meraih undi Melayu berbanding PH terutama di Terengganu, Kedah dan Perak melebihi 60%. Di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, PAS dijangka hanya mampu memperolehi lebih 50% undi pembangkang kerana negeri-negeri ini berada di Pantai Barat, ramai pengundi bandar serta mempunyai ramai pengundi yang mahu gabungan pembangkang yang kuat menghadapi BN. 


Kelantan pula berbeza dengan semua negeri lain, undi Melayu pembangkang yang dimonopoli PAS akan terpecah kepada Amanah. Walaupun , Amanah masih baru, mempunyai peluang cerah kerana pengundi Kelantan unik, mudah mengubah undi jika tidak puas hati kepada kerajaan. Pada peringkat awal penubuhan sahaja, Amanah sudah mendapat keahlian teramai dari negeri Kelantan. Data di bawah memaparkan jangkaan peratus undi pembangkang yang diterima PAS dan PH


Negeri/
%
Melayu (PH/PAS)
Melayu (PAS)
Melayu (PH)
Selangor & KL
48
26
22
PP
48
26
22
NS & Melaka
28
15
13
Perak
47
29
18
Kedah
53
32
21
Johor
26
14
12
Terengganu
57
39
18
Kelantan
63
32
31


Pengundi India dijangka mengekalkan sokongan sehingga 70% kepada pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka. Sokongan pengundi India kepada pembangkang dijangka bertambah di Johor, Perak dan Kedah kepada 60%. 



Pecahan undi India kepada PH dijangka melebihi undi kepada PAS pada kadar  60:40 memandang PH mengandungi parti pelbagai kaum . Data di bawah menunjukkan jangkaan sokongan pengundi India pada PRU 14.



PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14


Negeri/
%
India (BN)
India (BN)
India (PR)
India (PR)
PAS
PH
Selangor & KL
25
25
75
75
30
45
PP
22
22
78
78
31
47
NS & Melaka
31
31
69
69
28
41
Perak
69
40
31
60
24
36
Kedah
55
40
45
60
24
36
Johor
59
40
41
60
24
36


Tiada perubahan kepada sokongan pengundi Cina kepada pembangkang malah dijangka melebihi PRU 14. Bagaimanapun, PAS terkesan teruk kehilangan undi Cina dan dijangka cuma memperolehi 0.05% undi Cina. PH dijangka mengaut 95% undi Cina kepada pembangkang seperti jadual di bawah.




PRU 13
PRU 14
PRU 13
PRU 14


Negeri/
%
Cina
(BN)
Cina (BN)
Cina (PR)
Cina (PR)
PAS
PH
Selangor & KL
12
12
88
88
5
83
PP
13
13
87
87
4
83
NS & Melaka
8
8
92
92
5
87
Perak
13
13
87
87
4
83
Kedah
10
10
90
90
5
85
Johor
11
11
89
89
5
84


Berdasarkan jangkaan corak pengundian mengikut kaum di atas , penulis akan membuat analisa beberapa DUN yang di menangi dan ditandingi PAS di Selangor, Johor , Perak  dan Kedah. Analisa ini akan memberi dapatan parti manakah yang berpeluang menang banyak kerusi sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku.



1.      DUN Taman Templer , Selangor

MALAY 51%     CHINESE 35%     INDIAN 13%


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
26.5
13.3
11.2
51
Cina
4.2
1.8
29.0
35
India
3.5
4.2
6.3
14

34.2
19.3
46.5
100

2.      DUN Selat Klang, selangor –

MALAY 63%     CHINESE 25%     INDIAN 10%   


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
32.7
16.4
13.9
63
Cina
3.0
1.3
20.7
25
India
3.0
3.6
5.4
12

38.7
21.3
40.0
100

3.      DUN Gombak Setia, Selangor –

MALAY 77%     CHINESE 12%     INDIAN 9% 


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
40.0
20.0
17.0
77
Cina
1.6
0.6
10.8
13
India
2.5
3.0
4.5
10

44.1
23.6
32.3
100

4.      DUN Sungai Abong, Johor –

MALAY 51%     CHINESE 45%     INDIAN 3% 

Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
38.5
7.3
6.2
52
Cina
5.0
2.2
37.8
45
India
1.2
0.7
1.1
3

44.7
10.2
45.1
100

5.      DUN Puteri Wangsa , Johor –

CHINESE 47%     MALAY 40%     INDIAN 12%


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
30.4
5.7
4.9
41
Cina
5.2
2.4
39.4
47
India
4.8
2.9
4.3
12

40.4
11.0
48.6
100

6.      DUN Nusa Jaya, Johor –

MALAY 47%     CHINESE 38%     INDIAN 13%  


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
35.5
6.7
5.8
48
Cina
4.3
1.9
32.8
39
India
5.2
3.1
4.7
13

45.0
11.7
43.3
100

7.      DUN Sungai Rapat, Perak –

MALAY 59%     CHINESE 31%     INDIAN 10%


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
31.3
17.1
10.6
59
Cina
4.0
1.3
25.7
31
India
4.0
2.4
3.6
10

39.3
20.8
39.9
100

8.      DUN Changkat Jering, Perak –

MALAY 63%     CHINESE 26%     INDIAN 11%


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
33.4
18.3
11.3
63
Cina
3.4
1.0
21.6
26
India
4.4
2.6
4.0
11

41.2
20.9
36.9
100

9.      DUN Kubang Rotan , Kedah -   

MALAY 71%     CHINESE 27%     INDIAN 1%  

Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
33.4
22.7
14.9
71
Cina
2.8
1.4
23.8
28
India
0.4
0.2
0.4
1

36.6
24.3
39.1
100

10.  DUN Merbau Pulas, Kedah –

MALAY 67%     INDIAN 19%     CHINESE 13%


Kaum
BN
PAS
PH
JUMLAH
Melayu
31.5
21.4
14.1
67
Cina
1.4
0.7
11.9
14
India
7.6
4.6
6.8
19

40.5
26.7
32.8
100


Berdasarkan analisa kepada 10 DUN yang dimenangi dan ditandingi PAS pada PRU 13, dapat disimpulkan bahawa parti yang paling beruntung jika berlaku pertandingan tiga penjuru ialah BN. Peluang BN menang di kerusi yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu kurang 15 peratus adalah sangat cerah. 


Justeru, negeri Terengganu dan  Kelantan akan berada dalam gengaman BN jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Begitu juga semua kerusi yang mempunyai kurang 15 peratus bukan Melayu di negeri-negeri lain.

Di Selangor, PH mempunyai peluang untuk menang di kerusi yang mempunyai lebih 20 peratus pengundi bukan Melayu. Namun begitu, ada juga kerusi yang dimenangi PR pada PRU 13 bakal bertukar tangan kepada BN kerana mempunyai kurang 15 peratus pengundi bukan Melayu. Pun begitu, PH mampu membentuk kerajaan di Selangor.

Di Johor , hanya kerusi lebih 40 peratus pengundi bukan Melayu yang selamat kepada PH, kerusi pengundi bukan Melayu di bawah 40 bakal dimenangi BN. Stiuasi yang sama akan berlaku di Melaka dan Negeri Sembilan.

Di Perak, hanya kerusi lebih 30 peratus pengundi bukan Melayu selamat kepada PH. Di Kedah , kerusi yang mempunyai lebih 20 peratus pengundi bukan Melayu selamat kepada PH. 

DAP adalah parti yang paling kurang menerima tamparan kesan pertandingan tiga penjuru kerana 90 peratus kerusi yang ditandingi DAP mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu lebih 40 peratus. Pulau Pinang juga akan kekal di tangan PH.

PKR yang banyak bertanding kerusi campuran masih berpeluang menang banyak kerusi di Selangor , Pulau Pinang , Kedah dan Johor. Begitu juga dengan parti Amanah yang boleh menang kerusi di Selangor , Kedah, Johor dan Perak

Penulis tidak perlu memaparkan analisa bagi negeri Kelantan dan Terengganu kerana polanya sama iaitu kemenangan kepada BN di kerusi ditandingi tiga penjuru. Walaupun pembangkang mampu memperoleh 57 peratus undi di Terengganu dan 63 peratus di Kelantan. 

Apabila bertanding tiga penjuru berlaku pecahan undi antara PAS dan PH dan memberi ruang kepada BN menang walaupun hanya memperoleh 43 peratus undi di Terengganu dan 37 peratus undi di Kelantan. Data di bawah berlaku di hampir semua kerusi di Terengganu dan Kelantan.


Negeri
BN
PAS
PH
Terengganu
43
39
18
Kelantan
37
32
31


Parti mana paling teruk menerima kesan? PAS. PAS bukan sahaja akan kehilangan Kelantan malah akan kalah hampir semua kerusi. Hakikat ini , perlu di akui kerana PAS bertanding di majoriti kerusi lebih 70 peratus pengundi Melayu. Kerusi ini akan disapu bersih oleh BN kesan pertandingan tiga penjuru.
PAS juga akan bertanding di kerusi campuran, tapi peluang menang sangat tipis kerana pengundi Cina pula tidak memberi sokongan.

Cita-cita mempunyai 20 kerusi parlimen untuk menjadi penentu pembentukan kerajaan seperti diidamkan Timbalan Presidennya juga sangat jauh untuk dicapai jika bertanding tiga penjuru.

Adakah pemimpin dan penyokong PAS tidak menyedari perkara ini? Bagi penyokong PAS, mereka sudah ditanam dengan ajaran biar kalah asal dapat redha Allah.  Sedangkan mereka pun tidak tahu, benarkah mereka dapat redha Allah jika kalah ?

Analisa ini pastinya tidak dapat diterima oleh penyokong PAS kerana bagi mereka pertolongan Allah akan tiba kerana PAS memperjuangkan Islam. Bagi mereka, walaupun PAS dijangka kalah bertanding tiga penjuru tetapi sekiranya Allah hendak beri kemenangan tiada siapa dapat menghalangnya. 

Betullah tu, tapi adakah pertolongan Allah akan datang dalam keadaan ada pimpinan PAS terbabit dalam aktiviti bercanggah dengan Islam?. Adakah PAS sudah cukup syarat untuk menerima pertolongan Allah? 

Bagi pemimpin PAS, mereka tahu hakikat akan kalah besar jika bertanding tiga penjuru. Mereka pun sayang dengan jawatan dalam kerajaan Kelantan dan Selangor , mereka juga ada cita-cita jadi wakil rakyat maka sebab itulah mereka mahu bekerjasama dengan Umno dan BN. 

Walaupun dinafikan berkali-kali, kerjasama dengan BN akan tetap berjalan bagi membolehkan PAS dapat sekurang-kurangnya mempertahankan Kelantan dan menang di kerusi-kerusi yang disepakati bersama.

Mereka pun tahu Umno hanya memandang PAS kerana mempunyai Kelantan dan wakil rakyat. Jika sudah tiada kerajaan dan tiada kerusi, jangan harap Umno akan berbuat baik dengan PAS. 

Penulis berharap tidak berlaku pertandingan tiga penjuru kerana menguntungkan BN dan menjatuhkan PAS. DAP tidak sangat terkesan, PKR walau terkesan masih ada peluang menang, Amanah pertama kali masuk pilihanraya tetap berpeluang menang.

Analisis ini hanya mengambil kira 10 peratus pengundi Melayu berubah kepada pembangkang. Sekiranya penulis mengambil kira 15 peratus pengundi Melayu berubah, PKR dan Amanah berpeluang menang lebih banyak kerusi. Namun, PAS tetap kalah tidak kira lonjakan itu 10 atau 15 peratus.

Sebenarnya, kini persoalan bertanding tiga penjuru atau dua penjuru bergantung kepada PAS. Amanah, DAP, PKR sudah membentuk gabungan PH bagi mengelak pertandingan tiga penjuru. PAS kini perlu memilih untuk bersama BN atau PH untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Sekiranya ada kesempatan , penulis akan membuat analisis lebih berfokus kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Dapatannya akan lebih tepat kerana mengambil kira, kekuatan parti tertentu di sesuatu DUN. 

Misalnya, walaupun purata keseluruhan pengundi Melayu Perak memberi 53 peratus undi kepada BN, ianya tidak terjadi di Bagan Serai dan Parit Buntar yang mempunyai pengundi Melayu yang menyokong pembangkang lebih 50 peratus undi setiap kali berlaku pilihanraya.


Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...