Friday, April 25, 2014

Kisah biawak padang pasir yang berkata-kata

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq,dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.

"Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu,beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam,putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah negkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi SAW.

Nabi SAW memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasyNnya, di bumi itu kekuasaanNnya, dan di lautan itu jalanNya dan di syurga itu rahmatNnya dan dalam neraka itu azabNya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut. Dengan tindakan demikian orang-orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. 
Selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak (dhab) telah beriman kepada Allah SWT bahkan menyokong perjuangan Nabi SAW. 
Manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada Allah SWT. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. 
Sekurang-kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah SAW.

Apabila kita membicarakan tentang dhab, semestinya difikiran kita akan terfikir akan seekor biawak yang saiznya lebih besar daripada biawak biasa, tetapi hidup di padang pasir dan bersifat herbivor, bahkan dikatakan bahawa usia seekor dhab boleh mencecah beratus-ratus tahun. 

Dhab merupakan haiwan yang amat sukar untuk mati walaupun telah disembelih dan mempunyai potensi yang besar dalam pasaran perubatan tradisional terutamanya dijadikan sebagai minyak dan juga dijadikan sebagai makanan.

Dhab Penyaksi KeNabian Baginda s.a.w..
 Wahai saudaraku yang dimuliakan, selain daripada perubatan dan pemakanan yang terkait dhab, terdapat seperkara lagi yang lebih penting dan lebih mulia untuk dibicarakan tentang dhab iaitu spesies haiwan tersebut pernah menjadi saksi kenabian Baginda s.a.w.. Baginda s.a.w. telah dikurniakan pelbagai kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t. yang menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding makhluq yang lain.
- See more at: http://www.ohdunia.my/2013/01/kisah-seekor-dhab-yang-beriman-kepada.html#sthash.WYuAM65j.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...