Friday, March 14, 2014

Tulahan : Syioqnya Liqa'



Salam,



Bila nak menulis berkenaan tarbiyah, penulis teringat zaman berjuang di kampus. Ada sahabat jamaah kampus bercerita tentang seorang mad’u yang baru berasal dari Sarawak. Pagi-pagi selepas subuh datang ketuk bilik sahabat. 

Mad’u tu cakap “ minta maaf , kita’ tak boleh pergi LOQI “ , sahabat garu kepala tak faham apa dia LOQI. Bila sahabat tanya semula, mad’u tadi tunjuk surat jemputan pergi Liqa’tapi disebutnya LOQI. 

Liqa’ adalah program yang dah lama dilaksana di kampus. Kami panggil pimpinan jamaah datang ke lokasi luar kampus untuk bagi pengisian dalaman. Semasa penulis di kampus, pimpinan yang kerap bagi pengisian adalah Ust. Hashim Jasin dan Ust. Shauqi Ibrahim .

Bila mula berjuang di kawasan penulis, pemuda kawasan amanahkan penulis pegang lujnah tarbiyah walaupun penulis bukan ustaz kerana tak ada ustaz yang berani pegang jawatan dalam parti. Penulis atur pengisian dalaman tapi penulis tak panggil liqa’ kerana tak ramai di kawasan yang tahu apa itu program liqa’. 

Penulis letak program pengisian ini dengan nama kuliah haraki , kadang-kadang tarbiyah haraki. Sebulan , penulis atur tiga kuliah haraki di markas kawasan yang masa tu jadi pejabat ahli parlimen , sebuah surau yang sekarang dikenali surau mujahideen dan di sebuah markas cawangan. Penulis juga atur kuliah yang disampaikan oleh ustaz  haraki jamaah di tiga buah surau dan sebuah masjid.

Pada masa itu, kuliah di surau mujahideen hanya tiga kali sebulan. Memadangkan surau ini diurus oleh sahabat yang sekarang pegang Ketua Penerangan kawasan, penulis bincang dengannya untuk aktifkan surau ini.

Mula-mula penulis panggil beberapa orang ustaz untuk buat kuliah di surau ini disamping kuliah sedia ada, kemudian penulis bantu sahabat tadi atur tazkirah Ramadan di surau berkenaan.  Penulis hanya dapat bantu setahun kerana terpaksa berpindah ke tempat penulis sekarang. 

Alhamdulillah, sahabat  ini telah berjaya jadikan surau ini aktif dan dikenali. Surau ini sekarang ini hampir setiap malam ada kuliah dan menjadi tumpuan umat Islam semasa Ramadan kerana setiap malam disajikan tazkirah.

Selepas penulis pindah semula ke kawasan penulis dan dilantik jadi SU kawasan, penulis atur liqa’ di kawasan untuk bantu pengerusi lujnah tarbiyah kawasan. Setiap bulan, penulis akan jemput pimpinan jadi naqib dan urus persiapan liqa’ kawasan sehinggalah berpindah semula.

Bila di luar negeri , bila jamaah masih belum ada tanzim, penulis latih adik-adik kampus dengan pengisian tarbiyah melalui program usrah dan halaqah ( sama macam liqa’). Sehinggalah tanzim dibentuk program tarbiyah menjadi tonggak aktiviti jamaah.

Walaupun tiada di kawasan, penulis tetap ikuti program tarbiyah . Setiap minggu ada usrah di cawangan taman penulis tinggal. Bagi penulis ahli jamaah tidak boleh lari dari program tarbiyah bagi menghayati fikrah perjuangan , bersungguh-sungguh melaksanakan kerja jamaah sebelum berserah diri kepada Allah.

Balik ke kawasan minggu lepas, ada sahabat bagi tahu program Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri ramai yang datang. Katanya, sehingga tak cukup kerusi kerana terlalu ramai yang hadir mendengar pengisian naqib jemputan.

Penulis kata, baguslah jika begitu. Penulis bagi tahu bahawa penulis pun tahu kerana dalam facebook kerap kali selepas liqa’ , akan ada dipostkan gambar peserta liqa’ yang duduk atas lantai kerana kerusi tak cukup.

Tapi sahabat bagi tahu, yang ramai bukan pun AJK harian kawasan. Yang meramaikan adalah ahli biasa sehingga pelajar tahfiz pun datang sebagai peserta. Jika hanya AJK harian kawasan yang datang, cukup kerusi yang disediakan.

Penulis bagi tahu, jika begitu tak tercapailah sasaran peserta liqa’ yang diwajibkan kepada AJK harian kawasan. Sebaliknya, ahli biasa pun boleh datang, malah mungkin ada yang masih baru atau yang belum jadi ahli pun boleh datang.


Penulis ingat semasa penulis jadi SU kawasan, liqa’ negeri sudah diadakan tapi kehadiran tak la sampai tak cukup kerusi kerana pada masa tu, yang datang AJK harian dan jika AJK harian tak boleh datang akan diganti dengan AJK kawasan yang bukan AJK harian.

Jika itu keadaannya liqa’ negeri pada masa sekarang, penulis harap Pengerusi Lujnah Tarbiyah Negeri kaji semula penyertaan ahli biasa . Bukan penulis tak suka tengok ramai yang datang liqa’ negeri tapi sasaran liqa’ yang tak tercapai.

Jika nak diteruskan juga dengan penyertaan ahli biasa, jadikan liqa’ ini sebagai liqa’ berbentuk umum bukan liqa’ untuk pimpinan. Jika dibiarkan akan timbul masalah di masa hadapan , apabila naqib jemputan yang dimaklumkan kehadiran liqa’ adalah AJK harian kawasan akan menyebut perkara-perkara dalaman yang tidak sesuai didengar oleh ahli biasa terutama ahli baru.

Memanglah jika benar-benar liqa’ negeri hanya dikhaskan kepada AJK harian kawasan , kehadirannya tak seramai yang ada sekarang, ditambah pula AJK harian kawasan yang tidak semuanya dapat hadir. Namun, apa yang penting adalah kualiti pimpinan yang terhasil dari pengisian ilmu dalam liqa’ ini.

Penulis pun yakin lujnah tarbiyah negeri juga mahu tengok kualiti bukan kuantiti yang ramai hadir. Penulis pun tahu, bila ramai yang hadir, pujian akan diberi kepada lujnah tarbiyah negeri kerana kebanyakan orang melihat sesuatu program berjaya bila ramai yang hadir. 

Namun, bagi program berbentuk tarbiyah yang menjurus kepada pengisian dalaman. Kualiti individu yang ditarbiyah adalah antara faktor menentukan kejayaan program tarbiyah. Justeru, lujnah tarbiyah negeri perlu membuat kajian dan pemantauan terhadap peserta yang hadir.

Adakah pimpinan dan ahli yang hadir ke liqa’ negeri benar-benar membawa perubahan kepada gerak kerja jamaah di kawasan masing-masing? Atau pun yang ramai hadir ini semata-mata kerana ‘syioq’ (suka) nak dengar pengisian oleh naqib yang diminatinya. 'Syioq' juga tengok ramai orang hadir.

Adakah liqa’ negeri sudah jadi seperti kuliah oleh ustaz-ustaz popular?. Mereka yang hadir liqa’ negeri kerana nak dengar ustaz yang jadi naqib bagi pengisian.  Sebelum ini sudah kerap kita dengar bahawa  memang ramai yang menjadi peminat kuliah, tapi berapa ramai yang turun berjuang. Jangan jadikan liqa’ negeri seperti kuliah ustaz popular , bimbang yang hadir ramai tapi sedikit sahaja yang menjadi pengerak aktif jamaah.

Malanglah jika hadir hanya kerana ‘syioq’ , bila balik ke kawasan tak buat apa-apa gerak kerja. Malah , lebih teruk lagi bila balik ke kawasan tunding jari kepada orang itu, orang ini, pimpinan di kawasan yang tidak hadir ke liqa’ negeri. Cipta pula label kepada pimpinan kawasan tidak hadir sebagai ‘ tak cukup tarbiyah’, ‘  tak wala’, ‘ tak jelas fikrah’ .

Sedangkan pimpinan kawasan yang tidak hadir, jika diukur dari segi amalan dan gerak kerja jamaah terlalu jauh banyaknya dari orang yang melabel.

Bukan penulis nak pertahan pimpinan harian kawasan yang tidak hadir kerana mereka kena hadir. Namun, jangan dilabel mereka hanya kerana tidak hadir liqa’ negeri. Adalah sebabnya , yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir.

Jangan jadikan kehadiran ke liqa’ negeri kayu ukur tarbiyah seseorang. Nak lihat  keberkesanan tarbiyah seseorang lihat amalan dan gerak kerjanya dalam jamaah. 

Bagi penulis, liqa’ negeri sepatutnya melahirkan individu , pimpinan yang mengambil ilmu dari pengisian naqib untuk di bawa balik ke kawasan dan dipraktikkan sehingga jamaah kawasan itu aktif. 

Justeru, lujnah tarbiyah negeri boleh lihat keberkesanan tarbiyah pimpinan kawasan. Buat pemantauan di kawasan, lihat gerak kerja jamaah di kawasan. Lujnah yang paling dekat dengan lujnah tarbiyah negeri adalah lujnah tarbiyah kawasan. Periksa usrah di kawasan, usrah pemuda dan muslimat serta usrah di cawangan. 

Jika usrah semua organisasi di buat termasuk cawangan , bermaksud berjayalah tarbiyah pemegang lujnah tarbiyah kawasan berkenaan. Tapi bila diperiksa cawangan tiada usrah, kawasan pun sekali sekali buat usrah. Ada juga program tarbiyah hanya liqa' , usrah tak dibuat.

Maknanya, program tarbiyah Lujnah tarbiyah negeri masih belum berjaya, sehinggakan pengerusi lujnah tarbiyah kawasan yang sentiasa menghadiri liqa’ belum ada kesungguhan melaksanakan amanah.

Lihat pula program tarbiyah kepada anak-anak ahli, berapa kali dah dibuat ?. Jika , baru sekali atau pun rancang pun tidak. Lemahlah lujnah tarbiyah kawasan itu.

Periksa juga lujnah-lujnah lain. Lujnah kebajikan dah berapa banyak program kebajikan yang dibuat?. Berapa dana lujnah kebajikan yang ada. Jika , dana lujnah kebajikan pun tak capai angka ribu, program kebajikan sekali sekala je buat. Berjayakah lujnah kebajikan kawasan?. 

Jika pengerusi lujnah lujnah kebajikan tak pernah pergi liqa’ negeri, bolehlah kurang tarbiyah dijadikan faktor gagalnya beliau. Namun, jika beliau sentiasa hadir liqa’ negeri, lujnah tarbiyah negeri kena kaji kenapa beliau tidak laksanakan pengisian yang diterima dari naqib.

Semak lujnah perkasa parti, berapa ahli yang telah didaftarkan, berapa cawangan baru yang berjaya ditubuhkan, berapa cawangan yang mampu buat mesyuarat agung, berapa cawangan yang dah hantar penyata pertubuhan. 

Jika, cawangan yang ada pun banyak tak mampu mesyuarat agung, usaha tambah ahli pun tak ada. Berjayakah lujnah perkasa parti kawasan?

Itu tak masuk lujnah-lujnah lain yang boleh diperiksa untuk mengetahui kejayaan individu yang ditarbiyah. Jika lemah sedangkan pemegang jawatan aktif mengikuti program tarbiyah, liqa’ negeri sentiasa hadir. Kena kaji apa sebabnya?

Penulis menulis begini bukan untuk lemahkan lujnah tarbiyah negeri , tapi lebih kepada cadangan supaya lujnah tarbiyah negeri sentiasa membuat muhasabah terhadap aktiviti yang dijalankan. Apa yang lujnah tarbiyah negeri lakukan sudah elok, cuma keberkesanannya perlu dikaji. 

Cogan kata ‘ Tanpa Tarbiyah Gerenti Rebah’ popular dipapar di facebook , menunjukkan ramai yang mahu pimpinan dan ahli menerima tarbiyah . Namun, kita perlu bimbang dengan gejala tarbiyah tanpa amalan. Bukankah tarbiyah tanpa amalan sama dengan ilmu tanpa amal.

Ramai yang hadir ke liqa’ negeri satu perkembangan yang baik, tapi apalah gunanya ramai yang hadir tapi jamaah di kawasan masih di tahap lama.  Apa yang kita mahu, peserta liqa’ yang hadir balik ke kawasan laksanakan gerak kerja dan bersungguh-sungguh aktifkan kawasan. 

Bukan ‘syioq’ hadir liqa’  negeri, balik ke kawasan diam dan tiada kesungguhan mengerakkan aktiviti jamaah. Bulan depan , ‘syioq’ lagi ke liqa’ negeri. 

Yang kita mahu 'syioq' hadir liqa', 'syioq' juga kita lihat kesungguhanya melaksanakan gerak kerja jamaah. Terus menerima tarbiyah, terus melaksanakan amanah. 

Wasalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...