Saturday, June 18, 2011

Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan

Salam,
http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_0678.jpg?t=1304468199

Penulis dan banyak menulis mengenai pentingnya PAS mendekati rakyat melalui program kebajikan yang terancang dan tersusun. Penulis menulis berdasarkan pengalaman mengerakkan lujnah kebajikan kawasan penulis.

Kali ini, penulis paparkan pula pandangan seorang penulis Mat Zain Mat Isa tentang perkara yang sama . Pimpinan PAS Negeri dan Kawasan serta Cawangan boleh baca serta laksanakan bagi yang belum melaksanakannya. Bacalah.....

Di antara perkara yang disentuh agak kerap oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu di ibu negara dua minggu lalu ialah peri pentingnya jentera parti mempergiatkan usaha dan aktiviti memasyarakatkan PAS. Walau pun beliau tidak menyebutkan kalimah tersebut secara khusus, intipati hasrat itu terakam dalam beberapa bait ucapannya.

“Semua Dewan dan aktiviti PAS Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70% tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu PAS bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan (menyokong parti mana) dalam pilihan raya yang akan datang nanti,” baca ucapan itu.

Tidak syak lagi penegasan Tuan Guru Presiden ini mengambilkira hakikat bahawa dalam sistem politik demokrasi, rakyat adalah hakim. Di tangan merekalah kekuasaan sebenar menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.

Hak dan kuasa mereka untuk memilih siapa atau parti mana bukan sahaja terjamin menurut sistem digunapakai, malah turut menjadi bahan percaturan pihak-pihak yang bertanding. Sebab itu mereka mesti dijadikan sasaran dan rebutan.

Pemikiran mereka perlu dikuasai. Kecenderungan politik mereka bukan sahaja mesti dijadikan bahan kajian, malah dijadikan asas kepada parti menyusun tindakan memujuk dan memaut sokongan mereka.

Akuilah bahawa setinggi mana pun hasrat dan keazaman sesebuah parti untuk mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan, ia tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan undian rakyat. Sebab itu fokus utama gerakerja parti semestinya dihalakan ke arah mendampingi dan menambat hati mereka selaku pengundi.

Tugas dan tanggungjawab merealisasikan agenda itu terpikul di bahu semua pihak, sama ada pemimpin, ahli atau pendokong. Bagaimana pun secara praktikalnya pihak paling bertanggungjawab menjayakan hasrat ini ialah jentera di peringkat akar umbi.

9 mata wang teraneh di dunia

9. Wang dari lembaran kayu (Jerman)
Pernah digunakan sebagai wang darurat di Jerman semasa pemulihan pasca Perang Dunia I. Semasa darurat, wang dicetak dari alumunium foil, kain sutera, malah sisa-sisa playing card semasa perang.

Seorang pengumpul wang lama pasti berani membayar mahal untuk wang-wang aneh ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi wang syiling pada masa tersebut.

8. Wang dengan ancaman hukuman mati (Amerika, semasa masih dijajah Inggeris)

US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai safe heaven currency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak pengalaman dalam memerangi para pembuat wang palsu.

Pada masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang.

Oleh kerana mudahnya, pembuat wang palsu boleh mencetak sendiri. Bagaimana cara pemerintah semasa itu untuk memberikan ancaman keras kepada pembuat wang palsu?

Dengan mencetak “To Counterfeit is Death” atau hukuman mati untuk pemalsuan. Sepertinya daripada “In God We Trust” lebih sesuai “In The Death Penalty We Trust”.

7. Wang kumpulan voucher (Vietnam)
Jika kita pernah berfikir bahawa wang boleh membeli segalanya, ternyata tidak. Wang Vietnam di tahun 70an ini berlaku sebagai kumpulan potongan voucher yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan kelengkapannya.

Mungkin jika kita harus memotong salah satu bahagian untuk membayar baju, sebahagian lagi untuk membayar seluar, dan sebahagian lagi untuk tali pinggang.

10 taman negara terindah di dunia

Taman Negara adalah sesuatu yang sangat berharga, kerana di dalamnya kita boleh melihat banyak keindahan alam flora dan fauna yang khas dari suatu kawasan.

Negara-negara di dunia ini berusaha untuk memulihara dan mempercantik taman negara yang ada di negara masing-masing, disamping usaha dari kerajaan, keindahan alam semulajadi juga turut mempengaruhi tahap keindahan taman negara tersebut.

Berikut adalah senarai 10 taman negara terindah di dunia yang diambil dari sumber Listphobia:

10. Snowdonia National Park, Wales, Great BritainInilah salah satu taman negara terindah di Britain, dengan hamparan hijau pemandangan pergunungan Snowdon di ketinggian 3560 kaki dari atas permukaan laut, menjadikannya mempunyai suhu yang sejuk dan tentunya indah untuk dinikmati.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut1.jpg

9. Grand Canyon National Park, Arizona
Taman negara paling dikenali di dunia ini adalah salah satu aset pemandangan alam terindah milik Amerika Syarikat. Alam semulajadinya yang berbatu, menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut2.jpg

8. Kruger National Park, South Africa
Taman negara yang terindah di afrika selatan adalah Kruger Park. Taman negara yang penuh dengan sensasi kehidupan alam liar Afrika Selatan yang sangat memukau dan sesuai untuk pengembaraan melihat alam binatang.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut3.jpg

Friday, June 17, 2011

10 gurun pasir terindah di dunia

Gurun pasir yang terindah di dunia. Bukan hanya indah, tapi juga menakjubkan
 
10. Taklamakan (Asia Tengah)



Gurun pasir yang dilapisi salji

9. Lencois Maranheses (Brazil)

http://www.imagensviagens.com/lencois02b.jpg
http://idealistico.files.wordpress.com/2010/09/lencois-maranhenses.jpg

Gurun pasir dengan laguna yang indah

8. Salar De Uyuni (Bolivia)



Gurun garam kerana gurun ini dipenuhi dengan garam dari proses kristalisasi

Thursday, June 16, 2011

Himpunan penguin sedunia, adakah 'Topi Merah' akan menghalangnya ?

Penguin - penguin ini dengan badan yang tegap ,warna coklat, seperti mengenakan pakaian berbulu halus yang bersama-sama berkumpul untuk mempertahankan kehangatan badan


Photograph: Andy Rouse/Rex Features Foto: Rouse Andy / Rex Fitur

Anak Pinguin, yang berumur antara 10 sehingga13 bulan, tidak dapat mengawal suhu badan sendiri dan penguin dewasa akan merawat anak penguin setiap jam untuk tiga minggu pertama.

Gambar ini diambil di garis pantai Georgia Selatan, dekat wilayah England ke Falklands. Ini adalah salah satu koloni pembiakan utama untuk populasi burung yang tidak boleh terbang ini dan setiap pasangan umumnya berkembang biak dua kali setiap tiga tahun.

Penguin Raja adalah spesies kedua terbesar penguin, berat sampai £ 35. Penguin Kaisar adalah yang terbesar. Penguin makan ikan kecil - terutama lanternfish, dan menyelam untuk menangkap ikan berulang kali di kedalaman lebih dari 100 meter untuk makan di siang hari. Terdapat kira-kira 2.23 juta pasangan Penguin Raja dan dianggarkan jumlahnya akan meningkat.

10 stesen bawah tanah terindah di dunia

Stockholm Tunnelbana, Sweden
Sistem bawah tanah di Sweden ini mempunyai kira-kira 100 stesen dan hampir semuanya itu dihiasi dengan seni hasil karya dari 140 artis. Stesen ini dikenali sebagai galeri seni yang terpanjang di dunia.




Munich U-bahn, Munich, Jerman

Mulai beroperasi pada tahun 1972 dan sejak itu berkembang pesat. Stesen bawah tanah ini menghubungkan 98 destinasi di bandar Munich.





Wednesday, June 15, 2011

Gambar-gambar Jepun 100 tahun dahulu dan sekarang

Pernah anda bayangkan bagaimana keadaan Jepun 100 tahun lalu berbanding sekarang? Berikut adalah beberapa gambar perbandingannya diambil dari postcards 100 tahun lalu yang sebahagian besar gambar-gambar ini berlokasi di Yokohama.







10 penulis terkenal Yunani

10. Homer (8 SM)

http://hermawayne.blogspot.com
Homer terkenal dengan dua puisi epik Iliad dan Odyssey. Iliad umumnya dianggap sebagai karya sastera tertua dari dunia Barat. Malah orang-orang Yunani sendiri mengakui pengaruh Homer dan tidak menganggap diri mereka berpendidikan kecuali jika mereka telah membaca karya-karyanya.

Masalah yang diperdebatkan adalah, apakah Homer memang pernah hidup atau tidak. Sama sekali tidak ada yang diketahui tentang dirinya ataupun kehidupannya, dan beberapa ahli percaya bahawa Iliad dan Odyssey merupakan karya beberapa penulis bukan hanya seorang.

Tidak peduli siapa yang menulis kedua-dua karya besar tersebut, baik Illiad maupun Odyssey mempunyai pengaruh besar pada dunia sastera. Hakikatnya, Shakespeare mengasaskan salah satu karyanya dari kisah Iliad.

9. Sophocles (496-406 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Sophocles adalah seorang penulis cerita sedih yang telah menulis 123 karya sepanjang hidupnya. Hanya tujuh karyanya yang masih bertahan hingga sekarang , termasuk karya klasik seperti Antigone, Oedipus Sang Raja dan Electra.

Ia mengembangkan seni teater dengan menambahkan aktor ketiga, mengurangi pentingnya paduan suara, dan memperkenalkan scenography. Sophocles juga menghapuskan bentuk trilogi karya tragedi tradisional dan membuat setiap pementasan menjadi lengkap, ini menambah nilai dramatik dalam pementasan.

8. Herodotus (484-425 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Herodotus dianggap sebagai bapa sejarah dunia Barat. Dia mengkaji sejarah sebagai ilmu dengan mengumpulkan faktanya secara sistematik dan melakukan pengujian akurasinya.

Herodotus juga seorang narator berbakat. Maksud sejarah sendiri berasal dari buku Herodotus “The Histories”, yang bererti "penyelidikan" dalam bahasa Yunani. Buku ini juga dianggap karya pertama sejarah dalam sastera Barat.

Tuesday, June 14, 2011

10 tembok paling bersejarah di dunia

1. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS

http://citranews.com/wp-content/uploads/2010/12/7b05_The-Wall.jpg
Tembok ini memang bukan tembok tertua, tapi tembok ini selalu dikunjungi ramai orang setiap tahun. Tembok ini siap dibina pada tahun 1982 dan ditorehkan lebih dari 58.000 nama tentera Amerika yang mati atau hilang semasa perang di Vietnam pada tahun 1959 sampai 1975. Beberapa bahagian tembok ini nampak cantik , beberapa bahagian yang lain mempesonakan.

2. Tembok Monster Hijau – Boston

Boston+Oct.+2009+312 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Para peminat sukan olahraga tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada tahun 1934 kerana kebakaran, kembali dibina dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibina dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi papan angka model kuno, sebagai kenangan atas masa lalu,

3. Tembok Santa Maria delle Grazie – Itali

4lastsu1 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Mungkin anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi anda pasti tahu mengenai lukisan “Makan Malam Terakhir” karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan “Makan Malam Terakhir” ini diselesaikan pada tahun 1498. Walaupun sebahagian besar tembok biara ini hancur pada tahun 1943, tapi tembok ini masih utuh tidak hancur.

Suka makan pisang, ini 10 fakta tentang uniknya pisang



Pisang adalah buah popular yang mempunyai banyak rahsia yang belum diketahui. Berikut adalah beberapa fakta aneh tentang buah aneh dan lazat ini.

Pisang adalah penemuan manusia



Pisang seperti yang kita ketahui adalah penemuan manusia dari tahun 5000 SM kerana orang-orang pada zaman itu sangat berkira dalam memilih makanan dan mereka tidak suka buah berbiji.

Jadi, manusia zaman ini menanam tumbuhan hibrid sehingga berhasil menemui tanaman berbuah tanpa biji. Jika masih ada juga biji kecil dalam pisang, mereka tidak peduli. Lihat begitu anehnya pisang pada zaman itu.

Pokok pisang sebenarnya bukan pokok



Memang benar! Pokok itu sebenarnya hanya sejenis herba yang menyerupai pokok. Sejenis herba yang besar yang hampir bentuk seperti pokok kelapa.


Pohon pisang hanya berbuah sekali, kemudian mati



Pokok pisang atau herba hanya menghasilkan satu tandan pisang dan kemudian mati. Untungnya, pokok pisang menciptakan banyak tunas baru (anak pokok) sebelum akhirnya mati. Proses ini berlangsung selama sepuluh tahun, dan kemudian organisme tertentu yang mati. (gambar jantung pisang/ bunga pisang)

Cara membezakan wajah wanita Jepun, China dan Korea

Asia merupakan benua yang kaya dengan persamaan. Sangat banyak etnik dan budaya di dalam benua tersebut. Banyak pertanyaan yang sangat umum tetapi sukar untuk menjawabnya.
Soalan bagaimana membezakan wajah Orang China,Jepun dan Korea? Memang sekali tengok orang Jepun, China, dan Korea kelihatan sama. Akan tetapi jika anda ingin lebih memperhatikan, terdapat perbezaan di antara mereka.

Orang Jepun
Orang Jepang cenderung mempunyai struktur wajah oval bermata besar dan hidung yang lebih jelas. Wanita Jepun sering memakai make up tebal memberikan kesan warna kulit putih pucat.
orang jepang mataberita 300x199 Cara Membedakan Wajah Orang China,Jepang dan Korea

Orang China
Orang Cina cenderung mempunyai wajah bulat daripada orang Korea dan Jepun. Cina adalah negara multi-etnik besar tidak seperti Korea dan Jepun (yang lebih etnik homogen) sehingga lebih sukar untuk membezakan atau mengeneralisasi.
orang china mataberita 300x200 Cara Membedakan Wajah Orang China,Jepang dan Korea

Sunday, June 12, 2011

10 binatang termahal di dunia

1. Anak Singa Putih (White Lion Cubs)
Harga : $138,000

Inilah binatang yang paling mahal. Singa putih yang aneh kerana genatiknya yang berlainan tetapi tidak termasuk dalam binatang albino. Warna matanya hampir sama dengan singa biasa, hanya lapisan pigmen dan kulitnya yang berbeza.

Memandangkan harganya yang mahal, permintaan yang tinggi, perawatan, dan keunikannya, singa putih ini termasuk sebagai salah satu jenis binatang di dunia yang paling sukar ditemui.
2. Chimpanzee
Harga : $60,000-$65,000

Cimpanze adalah binatang yang sangat pintar dan paling hampir menyerupai manusia. Beratnya kira-kira 52 kg, jenis jantannya lebih besar berbanding betina.

Habitat asalnya di Afrika Tengah dan Afrika Barat. Walaupun terancam pupus, binatang ini masih terdapat di beberapa negara tertentu.
3. Lavender Albino Python (Betina)
Harga : $20,000


Ular bermata merah ini berwarna lavender di sebalik tompok-tompok kuningnya yang mengkagumkan. Dipunyai oleh Bob Clark. Keanehannya menjadikan permintaan ular ini sangat tinggi.

20 pewaris takhta England mengikut urutan


Hari kelahiran Queen England disambut di semua negara-negara Britain dan juga negara tertentu seperti Australia. Pangeran William yang berkahwin dengan kekasihnya Kate Middleton berada di kedudukan kedua urutan pewaris takhta kerajaan England.

Pewaris takhta diatur tidak hanya berdasarkan garis keturunan, tetapi juga undang-undang. Urutan pewaris takhta ditentukan dari para anggota keluarga kerajaan di mana urutan mereka untuk meraih tahta.

Dasar urutan pewaris ditentukan dalam perkembangan konstitusi yang berdasarkan pada "Bill of Rights" (1689) and "Act of Settlement" (1701). Perlemen, dibawah "Bill of Rights" dan "Act of Settlement", juga meletakkan berbagai keadaan yang harus dipenuhi penguasa.

Seorang penganut Katolik Roma secara khusus tidak akan dimasukkan dalam urutan pewaris tahta, demikian pula penguasa yang berkahwin dengan seorang Katolik Roma atau anggota keluarga kerajaan yang berkahwin dengan seorang Katolik, harus menyerahkan hak atas tahtanya.