Saturday, June 11, 2011

7 lapangan terbang paling bahaya di dunia

Airport ataupun lapangan terbang merupakan fasiliti yang penting dalam perhubungan antarabangsa. Terdapatnya lapangan terbang yang diciptakan dengan keadaan yang bahaya. Berikut antara lapangan terbang yang bahaya :

1. Lukla di Nepal

Lapangan terbang dengan hujung lintasannya ditutupi gunung yang berketinggian 2900 meter. Sehingga pesawat mungkin saja merempuh .

Lukla Airport adalah airport kecil di Kota Lukla di Nepal timur. Pada bulan Januari 2008, kerajaan Nepal mengumumkan bahawa lapangan akan diganti untuk menghormati Sir Edmund Hillary, orang pertama yang menakluk puncak Gunung Everest, yang meninggal pada 11 Januari 2008.

Lapangan terbang ini cukup popular sebagai Lukla adalah tempat di mana kebanyakan orang memulakan perjalanan mereka untuk mendaki Gunung Everest.

2. Madeira Airport Portugal

Madeira Airport atau disebut Funchal Airport dan Santa Catarina Airport, adalah sebuah bandar udara antarabangsa yang terletak dekat Funchal, Madeira. Lapangan terbang ini mengawal jalur keluar masuk domestik dan non domestik.

Lapangan ini pernah terkenal kerana landasannya yang pendek, dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut, menjadikannya sebuah pendaratan sukar malah untuk yang paling berpengalaman pilot.

Landasan yang asli hanya 1.400 meter panjang, tapi diperpanjang oleh 400 meter setelah insiden Air Penerbangan 425 TAP Portugal tahun 1977 dan kemudian dibina kembali pada tahun 2003, hampir dua kali ganda ukuran landasan, bangunan itu di atas lautan.

Landasan ini menggunakan TPA, landasan itu dibina di atas serangkaian 180 kolom, masing-masing sekitar 70m tinggi.

Untuk pembesaran landasan baru lapangan terbang Funchal telah memenangi Anugerah Struktur Posisi, diberikan oleh Asosiasi Internasional untuk Jambatan dan Rekaan Struktural (IABSE). Anugerah Struktur Posisi ini dianggap sebagai "Oscar" untuk struktur rekaan di Portugal.

Friday, June 10, 2011

Pokok teratai terbesar dan terlebar di dunia

Victoria Amazornica adalah pokok teratai air terbesar di dunia, dan hidup dengan banyak di perairan Sungai Amazon. Daunnya dapat membesar lebih dari 3 m diameter dan beratnya boleh mencecah 70 pound atau 31kg .

Teratai raksasa ini di kenali juga sebagai victoria regia sempena nama Ratu Victoria dari England. Pokok ini ditemui oleh Robert Schomburgk pada tahun 1836.

4 binatang kebal luar biasa

Giant Snail

East African Giant Snail mempunyai mirip siput babi, namun boleh membesar sehingga 8 inci.Peduduk Afrika Timur sudah cuba berbagai usaha untuk membunuh binatang ini dengan racun, aisbeku, malah tembakan api tetapi makhluk ini masih tidak mati.


Water Bears

Water Bears adalah binatang air yang mikroskopik.Water Bear sangat susah dibunuh malah tidak boleh di bekukan kerana tahan sejuk sehingga -273 celcius.


Binatang ini juga boleh tahan bom nuklear. Water Bears boleh kembali ke bentuk kering semasa tindakan ini kerana kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.

Salah satunya cara membunuh Water Bear adalah menghantarnya ke luar angkasa. Sungguhpun begitu, binatang ini masih mampu hidup di luar angkasa selama 10 hari.

http://26.media.tumblr.com/tumblr_lcoc69V3Wz1qax3gjo1_400.jpg

Thursday, June 9, 2011

5 produk termahal 2011

Pada hakikatnya, benda-benda yang diciptakan biasanya digunakan untuk menjalankan fungsi utama, misalnya gunting, tentu diciptakan untuk memotong sesuatu, katakanlah memotong kertas, akan tetapi tidak semua benda yang di ciptakan hanya di gunakan untuk fungsi utamannya saja, melainkan kadang-kadang di direka unik dan istimewa untuk menambah nilai dari benda-benda tersebut.

Sebenarnya banyak sekali benda-benda yang dibuat bukan tumpuan untuk fungsi utamanya saja, melainkan di buat untuk menambah nilai dari benda tersebut, direka unik dan di buat dari bahan pilihan, dan diharapkan benda tersebut menjadi benda-benda yang istimewa dalam kategori benda tersebut. Berikut adalah benda-benda termahal dan istimewa yang diambil dari www.worldamazingrecords.com.

1. Cocktail: £ 15.250



















Minuman cocktail paling mahal di dunia harganya mencapai £ 15.250 . Minuman ini bukan berisi buah zaitun yang biasanya jadi penghias cocktail, tetapi menggunakan cincin berlian.

Dibuat oleh Harvey Nichols di Manchester, England, minuman ini tidak boleh diantar sembarangan, tetapi harus dikawal oleh pasukan keselamatan..

Cocktail bersinar ini berisi 6,5 turmalin berwarna merah muda dan satu set emas putih 18 karat.

Minuman ini sengaja dibuat untuk bulan Pink Dinners oleh seorang bartender bernama Jay Malik. Sebuah pasukan keselamatan disediakan untuk menjaga minuman tersebut. Pengunjung boleh memilih berbagai jenis cincin berlian dan yang termahal adalah £ 27.000.

2. Kasut : £ 1 juta



















Pasti anda pelik bagaimana rasanya menggunakan kasut berharga £ 1 juta. Kasut paling mahal di dunia ini dijual di Harrods, London England.
Setelah dipamerkan pada media untuk sesi fotografi, kasut dalam kotak simpanan anti-peluru dan dikunci sekelilingnya.

Kasut yang terinspirasi dari sandal rubi dalam film "The Wizard of Oz" ini,diperbuat dari benang benang platina dan dihiasi 642 buah batu rubi. Kasut ini dicipta oleh Stuart Weitzman.

Dari Rosalyn penulis buku Kristian kepada Ruqaiyyah penulis buku Islam


Menyebut nama Rosalyn Rushbrook, masyarakat Inggeris pasti akan segera mengingati buku-buku pengetahuan dasar Kristian. Penerima gelaran sarjana teologi di Hull University ini memang aktif menulis buku-buku bertema Kristian untuk beberapa penerbitan utama. Malah, beberapa bukunya dicadangkan untuk pengajaran banyak sekolah di England.

Wanita yang lahir pada tahun 1942 ini berkahwin dengan penyair George Morris Kendrick pada tahun 1964 dan kemudian mendapat dua orang anak. Perkahwinan mereka berakhir setelah suaminya berpindah menganut agama Scientologis tahun 1986.

Akhir tahun 1986, beliau mendapat hidayah dan memeluk Islam dan menggantikan namanya menjadi Ruqaiyyah.


Pada tahun 1990 beliau berkahwin dengan seorang lelaki kelahiran Pakistan, Waris Maqsood Ali. Namun sembilan tahun kemudian mereka bercerai kerana Waris berkahwin dengan sepupunya yang masih muda di Pakistan, demi membolehkan status isteri barunya menjadi rakyat England.

Setelah menjadi Muslim, beliau aktif menulis buku-buku keislaman. Ia menjawat jawatan sebagai Ketua Pengajian Keagamaan di William Gee High School, Hull, England. Ia telah menulis lebih dari empat puluh buku tentang berbagai aspek agama, bertumpu pada antara lain indahnya menganut Islam dan pedoman bagi para mualaf.

Banyak dari buku-bukunya diterbitkan oleh Goodword Press dari New Delhi, termasuk Living Islam, The Muslim Prayer Encyclopedia, dan buku-buku konsultasi bagi remaja. Dia pernah diundang oleh Hodder Headlines untuk menulis buku Islam dalam bab World Faiths dalam siri buku popular di seluruh dunia, Teach Yourself

Dia juga telah menciptakan program yang membolehkan mahasiswa untuk mempelajari Islam. Buku berjudul Islam ini diterbitkan oleh Heinemann Press pada tahun 1986 dan terus diulang cetakan, dan Do-it-Yourself Coursebook yang diterbitkan oleh IPCI.

Buku ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah England selama lebih dari 20 tahun, dan Pengajian DIY kini telah diambil oleh banyak orang mahasiswa, dan kumpulan swasta bukan hanya di Englad tapi di beberapa negara.

Wednesday, June 8, 2011

Kisah mayat dan syafaat al-Quran


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat

Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Gambar-gambar pasukan bolasepak wanita Iran yang diharamkan FIFA

http://images.supersport.co.za/Iran-Women-110603-TeamPicR-300.jpg

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "
Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.""Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.

Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam

http://i276.photobucket.com/albums/kk34/feministing/soccer.jpg

http://graphics8.nytimes.com/images/2011/06/05/sports/soccer/iran/iran-blog480.jpg

http://news.sky.com/sky-news/content/StaticFile/jpg/2011/Jun/Week1/16006590.jpg

http://www.iol.co.za/polopoly_fs/iran-outcry-1.1080091!/image/3672877253.jpg_gen/derivatives/box_300/3672877253.jpg

Tuesday, June 7, 2011

7 beca di dunia

  1. Beca Jerman (VeloTaxi)


  2. Beca Jepun (beca manusia)


  3. Beca Inggeris

  4.  

6 haiwan yang membunuh manusia dalam beberapa saat

1. The Cone Snail



Bentuknya memang indah seperti tidak berbahaya. Tapi jangan silap kerana dengan racun dari sengatnya (hujung pangkal mulutnya) boleh dipanahkan seperti panah HARPOON, dapat membunuh hanya dalam masa 4 minit. Betapa hebatnya, tembakan panahnya boleh menembusi baju selam yang tebal.

Pada masa haiwan ini mengigit saraf-saraf akan menjadi tidak berfungsi, mangsa akan jatuh dalam keadaan "beku" dimana tak ada otot yang boleh digerakkan. Betapa dashyat nya, racun binatang ini di gunakan oleh CIA untuk senjata pelumpuh.

2. Poison Arrow Frog



Katak ini adalah satu-satunya haiwan yang dikenali boleh membunuh manusia hanya dengan "SENTUHAN" Racunnya bukan terletak di taring atau lidahnya, tetapi di kelenjar kulitnya.

Katak ini boleh melompat sejauh 2 meter tingginya dan jika tersentuh maka nantikanlah kesannya.

3. The Lazy Clown



Hidup di hutan Amazon, di selatan Brazil .Anggota binatang serangga "LONOMIA" nama aslinya Taturana Tatarana. Binatang ini sejenis ulat-ulat pohon yang biasa kita lihat.Tetapi yang berbeza dari ulat pohon kebanyakan.

Duri-durinya yang berjumlah ratusan tersebut menyimpan racun-racun yang membunuh dan sudah memakan belasan mangsa setiap tahunnya.

Monday, June 6, 2011

10 binatang terpantas di dunia

10. Rubah - 42 Mil/jam (67.2 Km/jam)


Rubah adalah pemburu yang memakan daging dan sayur sayuran.Binatang ini menggunakan kelajuannya untuk memburu kelinci, tikus-tikus malah burung-burung.

9. Coyote - 43 Mil/jam (68.8 Km/jam)



Coyote menggunakan kelajuannya untuk memburu binatang kecil seperti kelinci, tikus-tikus, tupai, rusa dan binatang ternak. Binatang pemakan daging ini, hidup berkelompok, dan memburu sepanjang musim.

8. Anjing Pemburu - 45 Mil/jam (72 Km/jam)


Anjing ini menggabungkan antara kepantasan dan kecerdikan dalam memburu mangsanya. Binatang ini memburu secara berkumpulan dan sangat tersusun.

Salah seekor anjing mengarahkan mangsanya ke satu tempat, dan anjing lain bersedia menyerang silih berganti sehingga mangsa tak berdaya.

10 sukan paling bahaya di dunia

10. Merentas jeram



9. Cyclocross



8. Panjat tebing

Sunday, June 5, 2011

7 bunga yang sangat beracun

7. Daphne


Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman surga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.

Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.

6. Lyly of the valley

Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.

5. Belladona


Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.

Tulahan : Pemilihan PAS Pusat - Antara yang dijangka dan diharap

Salam,

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/YUM_3320-565x375.jpg

Muktamar PAS Pusat sudah berakhir , kepimpinan PAS yang baru juga sudah diketahui. Perwakilan telah mengunakan hak memilih dengan sebaiknya.

Jangkaan penulis bahawa Ust. Tuan akan menang tersasar sebaliknya Abang Mat Sabu calon yang penulis harapkan menang berjaya menarik hati 420 perwakilan. Kemenangan Abang Mat Sabu dengan majoriti 21 undi menunjukkan saingan yang hebat dari Ust. Tuan.

Jelas, peratus yang tinggi perwakilan yang memilih Husam untuk pemilihan yang lalu memberi undi kepada Abang Mat kali ini. Ada juga yang memberi undi kepada Ust. Tuan namun gagal membantu memberi kemenangan kepada Ust. Tuan. Undi yang diterima Ust. Tuan juga tinggi apabila separuh yang mengundi Ust. Nasha pada pemilihan lepas mengundi Ust. Tuan kali ini.

Bagi jawatan Naib Presiden , jangkaan penulis Husam, Nizar dan Salehuddin akan menang. Perwakilan nampaknya memberi undi kepada calon yang sudah dikenali dan lama bergiat dalam parti. Husam, Salehudin menepati ciri ini, tapi Nizar tidak menepati ciri ini kerana masih baru untuk dipilih sebagai Naib Presiden.

Perwakilan memilih Mahfuz yang lebih menepati ciri ini. Abang Mat Sabu, Salehudin, Husam , Mahfuz adalah aktivis yang sudah lama bergiat dalam parti sejak berpuluh tahun. Sejak mereka berada di kampus, keluar kampus terus bergiat sepenuh masa dengan parti.

7 ikan aneh di dunia

1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)

Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau.

Ikan ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama .

Ikan ini sebenarnya hanya mempunyai 2 mata, namun kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis.

Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.

2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)


Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.

3
Spookfish (ikan hantu)


Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan .. Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye