Saturday, May 28, 2011

15 raja terkaya di dunia

Swaziland's King Mswati III, worth $100 million

14 spesis mamalia yang unik tapi hampir pupus

Zoological Society of London kembali mengeluarkan senarai EDGE (Evolutionarily Distinct, Globally Endangered) 2010, setelah terakhir update pada tahun 2007 lalu.

EDGE ini merupakan senarai haiwan-haiwan yang statusnya terancam pupus, malah beberapa haiwan mungkin sudah pupus.

Berikut ini adalah 14 spesis mamalia teratas menurut
senarai EDGE yang paling unik tetapi hampir pupus :

1. Ekidna muncung panjang timur (Zaglossus bartoni)

2. Ekidna muncung panjang barat (Zaglossus bruijnii)


Ekidna muncung panjang timur dan barat punya sifat yang unik, iaitu campuran antara mamalia dan reptilia. Keduanya juga hampir pupus akibat perburuan dan kehilangan habitat, akibat aktiviti perlombongan, pertanian dan pembalakan haram.

3. Ekidna muncung panjang Sir David (Zaglossus attenboroughi)


Dari seluruh spesies ekidna muncung panjang, ekidna muncung panjang Sir David adalah yang paling kecil dan mungkin paling terancam pupus. Spesies ini awalnya dikenali dari satu spesimen yang ditemui pada tahun 1961, yang kemudian dipercayai telah pupus, hingga kemudian pasukan EDGE menemui bukti bahawa spesies ini masih bertahan pada tahun 2007. Distribusi dari ketiga spesies ekidna ini terletak di Papua dan Papua New Guini.

Friday, May 27, 2011

10 kota penuh dosa akibat sex dan judi

Manusia memang tidak pernah luput dari melakukan dosa. Dosa adalah hasil perbuatan jahat manusia. Mengapa manusia berbuat jahat?Kerana menusia ingin mendapatkan sesuatu menurut keinginannya, tanpa menghargai nilai-nilai kebaikan dan kebenaran. Dari kedua pertanyaan ini terlihat jelas siapa manusia yang sebenarnya.

Dirinya berdosa akibat keinginannya tanpa menghargai nilai kebaikkan dan kebenaran, atau dengan kata lain, semua yang jadi keinginannya yang jahat kerana telah terpengaruh oleh dorongan hawa nafsu dari syaitan. Berikut ini 10 kota di dunia yang masuk dalam senarai kota penuh dengan maksiat.
1. Pattaya (Thailand)
pattaya1
Terkenal dengan jolokan “entertainment” in Thai (seks no.1)
2. Tijuana (Mexico)
tijuana_beach
Di sana ada zona “merah” di Tijuana, disebut “La Coahuila”.
3. Amsterdam (Belanda)
amsterdam-belanda
Live seks boleh dilihat di kota ini, marijuana dan semacamnya semuanya dibenarkan.

Thursday, May 26, 2011

10 haiwan migrasi yang unik

Sejumlah binatang melakukan migrasi mengagumkan dan cukup misteri dalam mencari sumber makanan, pasangan hidup, dan tempat terbaik untuk kehidupan.

Dari kesemuanya,ada binatang yang berekspedisi hanya berjarak beberapa inci dari rumahnya dan terdapat pula yang menempuh jarak ribuan kilometer. Berikut adalah senarai sepuluh haiwan migrasi versi Livescience.

1. Tonggeret

Setelah menghabiskan 17 tahun di dalam tanah, serangga bersuara nyaring, tonggeret akan bermigrasi menuju dunia luar untuk berkumpul bersama, bernyanyi, dan mencari pasangan.

Penampilannya yang sinkron, efektif menjauhkan tonggeret dari pemangsa selama lima minggu kehidupan dewasanya. Jarak migrasi tonggeret bergerak, mulai dari beberapa inci hingga ribuan kilometer.

2. Lemming
Haiwan mirip hamster dan tikus ini akan melakukan migrasi dengan kelajuan tinggi dari habitat asalnya, Kutub Utara. Pengkaji mengatakan penyebab migrasi besar-besaran ini terjadi kerana populasi lemming membiak tanpa diiringi oleh persediaan pangan yang cukup. Lemming dapat bergerak sejauh 16 kilometer dalam satu hari.

3. Wildebeests

Haiwan herbivor ini akan melakukan apa saja demi menemui padang rumput yang lebih hijau. Serengeti wildebeest beserta zebra dan rusa mampu bermigrasi ratusan kilometer dalam satu kumpulan untuk menghindari musim kering di Tanzania dan Kenya.

Wednesday, May 25, 2011

10 kota terkenal di dunia yang hilang

Sebuah kota akan menjadi kota hilang jika ditinggalkan oleh penduduknya dan dibiarkan begitu saja, sehingga meninggalkan banyak peradaban yang kemudian hilang begitu saja. Perkara ini boleh terjadi kerana perang, bencana alam, dan masih banyak lagi sebab-sebab lain. Namun seiring dengan perkembangan zaman, legenda kota hilang itu mulai muncul kembali ke permukaan. Banyak para ahli arkeologi yang menemui runtuhan-runtuhan bekas kota. sehingga kemudian mula banyak muncul legenda kota yang hilang.

Berikut adalah senarai 10 kota terkenal yang makin ditelan zaman :

10. Atlantis

Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang hebat, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke laut. Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut kajian Ilmiah, kota ini mungkin tenggelam kerana perubaha geologi dunia.



9. The City of Caesars

Juga dikenali sebagai Kota Berkelana dan Kota Patagonia, The City of Caesars adalah kota mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Kota ini belum pernah ditemui, dan pada masa ini dianggap legenda.



8. Troy

Troy adalah kota legenda yang terletak di Turki. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Dan kemudian Ditemui banyak runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai arkitektur moden di zamannya.




Inilah akibatnya tidak ikut syariat Islam, terjadilah 10 kisah hubungan keluarga paling aneh

1. Suami (bukan isteri) yang hamil sehingga dua kali

Thomas Beatie, bekas ratu cantik Hawaii, dilahirkan sebagai wanita tetapi akhirnya memutuskan menukar kelamin melalui pembedahan, dan selanjutnya berkahwin dengan rakan sekerjanya, seorang perempuan, Nancy.

Setelah berkahwin dengan Nancy tidak mempunyai mendatangkan buah hati, kerana Nancy ternyata mandul, Beatie memutuskan menggunakan rahimnya untuk melahirkan anaknya sendiri.

Semasa Beatie mengumumkan kehamilannya, dari sperma yang tidak disebutkan pemiliknya, kontoversi berlaku. Masalahnya Beatie asalnya adalah seorang perempuan, tetapi kerajaan negaranya mengenalinya sebagai lelaki dan perkahwinannya dengan Nancy adalah rasmi dan memperoleh segala hak sebagai pasangan suami-isteri.
2. Saudara Kembar yang bingung menentukan siapa ayah dari anak yang dilahirkan oleh wanita yang sama-sama pernah ditiduri
Sepasang saudara kembar, Raymon dan Richard Miller, mereka adalah ayah dan bapa saudara bagi seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Seperti tidak ada yang aneh, tapi masalahnya mereka tidak pernah tahu siapa yang ayah siapa yang bapa saudara. Holly Marie Adams adalah ibu kepada anak itu.
Menurut Holly, dia tidak sengaja melakukan hubungan sex dengan keduanya pada hari yang sama. Semasa Holly ditanya siapa yang menghamilinya, dia menunjuk Raymon, tapi dia meminta untuk dilakukan paternity test , dan bersama saudaranya Richard membawa keputusan ujian ke mahkamah.

Tapi ujian itu tidak membantu kerana hasilnya menunjukkan keduanya 99,9 persen boleh sahaja merupakan ayah kepada bayi dan keduanya ternyata tidak mahu menanggung perbelanjaan hidup anak itu.

Tuesday, May 24, 2011

10 haiwan paling rakus di dunia

1. Hiu Macan


Haiwan buas ini akan memakan apapun yang ada di depannya, dari kasut, piring hingga serpihan kelengkapan perang pernah ditemui dalam perutnya. Kadang kala juga haiwan ini menggigit sesuatu yang mustahil dikunyah. Kerakusan hiu macan ini sebenarnya telah dimulai sebelum lahir ke dunia bawah laut. Di dalam perut ibu haiwan ini, haiwan saling lahap melahap antara satu sama lain.

2. Babi




Haiwan ini sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Satu fakta tentang babi ini ialah suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najisnya.


3. Burung pemakan bangkai




Burung ini merupakan karnivor nombor satu. Makanannya adalah daging, hanya daging dan cuma daging walaupun daging itu terhidang "setengah matang" ataupun sudah membusuk. Burung ini akan melahap bangkai binatang sebanyak mungkin, secepat mungkin, sehingga beranya menjadi 20 % lebih berat selepas makan.

Monday, May 23, 2011

7 makanan unik Afrika yang meloyakan kita

Apapun yang anda fikirkan setelah membaca posting ini, patut diakui benua Afrika menyimpan banyak keunikan makanannya. Berikut beberapa makanan yang unik mereka tapi meloyakan kita.
  1. Bushmeat

    bushmeat
    Secara singkat bushmeat dikenali sebagai daging misteri. Apa yang berjaya mereka tangkap akan dihidangkan dengan label bushmeat mungkin buaya, mungkin ular, besok tikus, lusa monyet, minggu depan kucing liar, dan mungkin juga anjing liar.
    Negara yang sering tertimpa musibah kebuluran seperti Kenya, Pantai Gading dan Guinea, boleh hidup dengan makanan ini. Daging misteri tadi digoreng, dibakar atau direbus dan dipangang secukupnya dan kemudian dimakan bersama.
  2. Darah Lembu

    darah sapi
    Suku Masai menyukai sekali makanan ini, dan seringkali dicampur susu. Darah lembu dipercayai memperkuatkan manusia di kalangan suku Masai. Darah ini diambil dengan cara menebuk pembuluh darah utama lembu dengan panah, dan setelah darah cukup, lubang tadi ditutup, sehingga lembu tadi sembuh. Cara ini boleh diulang sebulan sekali tanpa menyebabkan lembu tadi terancam.
    Darah beku dipisahkan, dan darah asli cair dicampur dengan susu dan diminum mentah. Bagi beberapa suku lain, darah ini dicampur dengan susu asam dan dimasak sehingga pekat, menyerupai scrambled egg.
  3. Ulat Mopane

    ulat mopane
    Mopane adalah sejenis ulat yang hanya boleh ditemui di Afrika Selatan. Ulat Mopane dianggap sebagai makanan unik yang menyelerakan. Ulat ini ditanngkap meliar, dipenyet dan diramas untuk membuang cairan yang ada di dalam ulat. Setelah dipenyet, ulat kemudian dikumpulkan untuk dikeringkan di bawah sinar matahari atau dengan proses pengasapan untuk menambah rasa.

12 menara tertinggi di dunia

Location : Paris
Height : 318 Meters
Floors :
Built : 1887

Location : Dubai
Height : 321 Meters
Floors :
Built : 1999

Location : Shanghai China
Height : 421 Meters
Floors : 88
Built : 1998

Sunday, May 22, 2011

15 istana termegah dan terbesar di dunia

Tinggal di Istana adalah suatu impian bagi semua orang, namun kita belum tentu boleh tinggal di sana kecuali orang-orang tertentu. Istana memang Indah, berlimpahan kemewahan dan sebagainya. Tapi, kita hanya boleh melihat tanpa boleh tinggal di sana. Berikut istana-istana termegah dan terbesar yang ada di dunia.

1. Istana Hohenzollern. Jerman

By Trodel

2. Istana Howard. England

 By nick garrod

3. Istana Alcázar of Segovia. Sepanyol

By lapidim

 

Tulahan : Sokong kerana individu bukan jamaah

PATUTKAH KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA BERBUAT KEBAIKAN SEDANG KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI; PADAHAL KAMU SEMUA MEMBACA KITAB ALLAH, TIDAKKAH KAMU BERAKAL?. (Surah al-Baqarah ayat 44)



Salam,

Balik ke Malaysia, sempat dengan ceramah Abang Mat Sabu . Ramai yang hadir, kalau ikut derma ceramah boleh la dianggarkan lebih 3000 orang. Aura Abang Mat Sabu masih hebat, ceramah masih memukau.

Penulis jumpa ramai orang cawangan pada malam berkenaan, tanya khabar sebab dah lama tak balik Malaysia. Antara ramai-ramai tu ada la seorang SU Cawangan tanya penulis kenapa jamaah kawasan tidak ceritakan keburukan seorang yang bertaraf pimpinan yang memburukkan jamaah kawasan kepada ahli di cawangan.

Penulis cakap kepada dia, buat apa cerita keburukan orang , itu bukan cara jamaah kawasan. Dia bagi tahu, sebab tak bagi tahu cawangan maka ada ahli di cawangan yang termakan hasutan pemimpin ini lalu menyerang jamaah kawasan dalam mesyuarat agung.

Penulis bagi tahu dia, walaupun jamaah kawasan tak cerita keburukan pemimpin ini. Kebanyakan ahli dah tahu perangai buruk pemimpin ini. Orang dah bercakap di kedai kopi, orang dah bercakap semasa kenduri kahwin, orang dah bercakap di mana-mana.

Bukan jamaah kawasan yang pi jaja di cawangan, tapi ahli di cawangan sendiri dapat menyaksikan melalui apa dia buat dalam kawasan. Bukan ahli sahaja bercakap, orang yang tidak duduk dalam parti pun tahu, orang UMNO pun tahu.

Penulis tanya dia, sepanjang penulis berurusan dengan cawangan, turun ke cawangan ada atau tidak penulis cerita keburukan pemimpin ini atau pemimpin jamaah kawasan lain kepada ahli cawangan . Dia kata ''tidak, semuanya pasai cawangan, pasai kerja jamaah"

10 mata wang paling menarik di dunia

Terdapat berbagai mata wang yang kelihatan begitu menarik, baik warnanya, gambarnya dan juga rakabentuk keseluruhan dari mata wang ini.

Inilah beberapa mata wang paling menarik di dunia menurut David Standish.

The French Pacific Territories Franc
(Mata Wang Wilayah Pacific Perancis)
The French Pacific Territories  Franc
The Maldives Rufiyaa
(Mata Wang Republik Maladewa)
The Maldives Rufiyaa
Sao Tome & Principe Dobras
(Mata Wang Sebuah Negara Kecil Di Teluk Guiana-Afrika)
Sao Tome & Principe Dobras