Saturday, April 2, 2011

Gempar : Makhluk raksasa dijumpai di Sydney, adakah makhluk raksasa ini yang dijumpai

Makhluk-makhluk yang disebutkan di bawah ini dianggap misteri kerana muncul secara tidak diduga dan hilang secara tidak diduga pula tanpa bukti-bukti yang kuat.

Bagaimanapun ia tetap menarik untuk dibahas kerana tidak ada seorang pun yang pasti mengenai kebenaran kemunculan makhluk ini hingga masi hmenjadi misteri sehingga saat ini. Mari lihat 10 makhluk yang dikatakan misteri ini.

1. Bigfoot/Sasquatch/Yeti.


Ciri-ciri:
  • Lebih tinggi dari manusia dewasa (7 hingga 8 kaki).
  • Tubuh dilitupi oleh bulu coklat panjang(putih bagi jenis Yeti).
  • Mempunyai tenaga yang kuat.
  • Kaki yang besar dan lebar.
  • Mempunyai laungan yang menyakitkan telinga.
  • Bentuk tubuhnya hampir menyerupai manusia(bentuk muka,berjalan di atas dua kaki,berbadan tegap,dll).
Makhluk besar berbulu yang berjalan seperti manusia itu disebut-sebut bersembunyi di hutan-hutan atau wilayah yang sukar kita ketahui. Di Amerika utara makhluk ini disebut Bigfoot atau Sasquatch. Tidak jelas apakah itu species baru dari monyet?

Di Asia, terutama kawasan Himalaya, ia dikenali dengan Yeti atau manusia salji yang mengerunkan. Di Amerika Selatan, kawasan Amazon, ada sebutan Mapinguari, manakala di Australia jolokannya adalah Yowie.

Benarkah makhluk-makhluk itu ada di alam nyata? Seorang Sherpa tua di Himalaya pernah berkata, “Yeti itu ada di sebalik fikiran balik semua manusia, hanya mereka yang diberkatilah yang tidak dihantui makhluk itu.

Ada atau tidak, yang jelas banyak kebudayaan mempunyai cerita tentang manusia berbulu. Kemunculannya di Amerika Utara dan Asia sudah dibicarakan sejak awal tahun 1800-an. Walau sudah banyak cerita, foto, dan jejak kaki , namun setakat ini belum pernah ada bukti ilmiah bahawa makhluk ini wujud.

Tidak pernah ditemui najisnya, tulang belulangnya, serta badannya, hidup atau mati.

Baru-baru ini dua orang pemburu mengatakan telah menemui mayat makhlukitu di wilayah utara Georgia, Amerika Syarikat.

Kedua pemburu yang tidak disebut namanya itu adalah kawan kepada Tom Biscardi, ketua “Penjejak Bigfoot”, satu kumpulan yang sekian lama memang mencari jejak makhluk legenda ini.

Bigfoot adalah mahluk legenda yang sehingga sekarang belum benar-benar boleh dibuktikan apakah memang ada atau hanya sekadar khayalan penulis feksyen. Berita penemuan Bigfoot ini sentiasa menarik minat ribuan orang yang bergegas mengakses laman web kumpulan Biscardi (Searching For Bigfoot: HomePage)

Akibatnya, laman itu crash kerana tiidak mampu menanggung beban banyaknya pengakses.

2. Loch Ness Monster and other Lake monster.


Ciri-ciri:
  • Makhluk raksasa dengan leher panjang.
  • Kepala yang mirip dengan kuda.
  • Tinggal di perairan seperti danau atau lautan.
Loch Ness Monster dipercayai hidup di perairan Danau Loch Ness wilayah utara Skotlandia, England. Ratusan orang selama ratusan tahun mengatakan pernah melihat wujud makhluk aneh menyembul di permukaan danau yang senantiasa tenang itu. Namun hingga kini, makhluk yang dikenali sebagai Nessie itu tetap menjadi misteri. Apakah makhluk ini memang wujud?

Sejumlah pengkaji selama puluhan tahun terakhir ini berusaha keras melakukan pelbagai kajian terhadapnya, namun Nessie–seperti kebanyakan makhluk legenda lainnya–memilih untuk menyembunyikan identitinya, menghilangkan diri di kedalaman danau yang belum dapat diselami hingga ke dasarnya itu.

Kisah tentang Nessie dimulakan oleh sebuah deskripsi dalam naskah kuno dari abad ke-7. Dalam sebuah catatan tentang paderi Kristian berjudul “Life of St Columba” tulisan Adamnan, ada satu penjelasan mengenai makluk aneh di Danau Loch Ness.

Friday, April 1, 2011

6 manusia beratnya lebih 300 kilogram

Gaya hidup buruk dan makanan tidak seimbang mengakibatkan manusia obesiti kian bertambah. Dunia perubatan mencatatkan enam orang terberat di dunia yang pernah dirawat.

Berikut enam orang paling berat yang pernah ada di sepanjang sejarah;

1.Carol Yager: 727 kg


Berat badan Carol pernah mencapai 727 kg, dan terus mendapat kategori terberat di dunia. Dia juga terkenal sebagai orang paling berjaya menurunkan berat badan secara neutral. Carol kehilangan 362 kg beratnya hanya dalam masa tiga bulan.

Namun serangan infeksi bakteria pada kulitnya yang mengeleper selepas terlalu diet . Carol mendapat rawatan di Hurley Medical Center hingga meninggal dunia.

Carol tak dapat berdiri atau berjalan kerana otot-ototnya tidak cukup kuat. Dia meninggal dunia di usia muda, 34 tahun akibat kegagalan fungsi ginjal multi organ dan obesitas morbid pada tahun 1994.

2.Jon Brower Minnoch: 635 kg



Sejak kecil, John Brower sudah menderita obesiti. Semasa usia 12 tahun beratnya telah mencapai 132 kg. Beliau berkahwin dengan Jeannette, seorang wanita yang mempunyai berat badan normal dan mempunyai dua orang anak.

10 negara yang mempunyai ramai penduduk gemuk

Kegemukan tidak hanya menjadi masalah di negara maju, malah di negara paling miskin sekalipun banyak yang mengalaminya. Banyak faktor yang mempengaruhinya, bermula dari kurang bersukan hingga diet yang tidak sihat

Badan kesehatan dunia WHO menetapkan, seseorang boleh dikatakan mengalami overweight atau kegemukan jika memiliki Indeks Massa Tubuh (IMT) lebih dari atau sama dengan 25 kg/m2. Jika IMT sudah melebihi 30 kg/m2, maka boleh dikategorikan obesiti..

Semasa ini WHO mencatat, 1 dari 3 orang di seluruh dunia mempunyai masalah kegemukan sedangkan 1 dari 10 orang mengalami obesiti.

Jika tidak berupaya untuk memperbaiki gaya hidup dan pola makan, dianggarkan jumlah manusia yang alami kegemukan akan mencapai 2,3 milion pada tahun 2015. Angka ini cukup tinggi kerana menyamai jumlah penduduk China, ditambah Amerika dan seluruh Eropah.

Masalah kegemukan juga bukan hanya dialami negara maju yang umumnya terlalu makmur untuk sukan berat. Satu kajian yang dilakukan Globalpost sepanjang 1 dekad terakhir menunjukkan, beberapa negara miskin termasuk dalam 10 negara dengan masalah kegemukan paling besar.

Berikut ini daftar negara paling gemuk berdasarkan peratus warga yang mempunyai masalah berat badan, seperti diambil dari Globalpost, Isnin (28/3/2011).

1. Samoa (93,5 peratus)

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik ini sebenarnya mempunyai tradisi diet yang sihat yakni karbohidrat kompleks yang tinggi serat dan rendah lemak. Namun sejak terjadi migrasi orang asing pada masa Perang Dunia II, diet itu berubah dan menjadikan negara ini sebagai negara tergemuk di dunia.

2. Kiribati (81,5 peratus)

Antara tahun 1964-2001, import makanan di salah satu negara termiskin di dunia ini meningkat 6 kali ganda. Makanan yang diambil dari negara lain umumnya berupa makanan olahan yang banyak mengandungi lemak dan tidak sihat. Tak hairan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik ini menduduki kedudukan 'runner up' negara paling gemuk di dunia.

Thursday, March 31, 2011

10 manusia yang genius sejak kecil

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia

kim-ung-yong
Lahir pada tahun 1962, Anak pasangan Korea ini dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan semasa berumur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,German,Inggeris.

Semasa berumur 5 tahun ia mampu menyelesaikan masalah kalkulus. Beliau mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.
2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12

gregory-smith

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian berkat usahanya dalam menubuhkan International Youth Advocates yang merupakan Persatuan Orang muda seluruh dunia. Ia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev lho…
3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah berusia 7 tahun

akrit-jaswal

Diberi Jolokan “anak tercerdik di dunia” pada Akrit Jaswal, seorang anak pasangan India. Ia mengejutkan umum, ketika pada umur 7 tahun beliau melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya.
Gadis itu menderita luka terbakar di tangannya, hingga gengaman tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari gadis itu boleh dibuka seperti sedia kala.

Anda tidur berdengkur, baca 10 fakta tentang berdengkur

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.
Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

Wednesday, March 30, 2011

7 sifat buruk watak-watak dalam kartun Sponge Bob

Dalam kartun Sponge Bob, setiap watak kartunnya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai sifat buruk untuk kanak-kanak, ini adalah beberapa karakter dari semua watak kartun Sponge Bob tersebut.

1. Sloth/Kemalasan (Patrick)
http://hermawayne.blogspot.com

Kemalasan adalah suatu sifat yang dianggap tidak baik, termasuk malas untuk bertindak. Sifat ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa.

Malah dalam episode "Big Pink Loser", dia mendapatkan penghargaan kerana tidak melakukan apa-apa dalam jangka masa paling lama.


2. Wrath/Amarah (Squidward)
http://hermawayne.blogspot.com

Sifat amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.

Peringatan kepada peminum arak , baca tulisan ini

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat buat hati-hati yang beriman...:
Rasulullah saw bersabda;

"Siapa meminum arak di dunia, Allah akan meminumkannya racun hitam yang menghancurkan daging dan mukanya sebelum dia meminumnya. Jika dia telah meminumnya, maka mengelupaslah daging dan kulitnya hingga menyakitkan ahli neraka.

Ingatlah, bahawa peminumnya, penyimpannya, penjaganya, penghantarnya dan yang memakan wangnya, semuanya terlibat dalam dosanya. Allah tidak mahu menerima solat, puasa, mahupun haji mereka sebelum bertaubat.

Tuesday, March 29, 2011

10 sempadan negara terunik di dunia

10. Sempadan Sepanyol dan Maghribi


Ceuta seluas 18,5 kilometer persegi bandar outonomi di Sepanyol dan eksklave terletak di pantai utara Afrika Utara, dikelilingi oleh Maghribi. Dipisahkan dari semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar, Ceuta terletak di sempadan Laut Mediteranean dan Lautan Atlantik.

Maghribi menuntut hak ke atas Ceuta, bersama Melilla sebuah bandar outonomi di Sepanyol , dan sebahagian pulau Mediteranean yang bersempadan itu. Akibatnya, Sepanyol telah membina pagar setinggi 3 meter di sempadan bandar Ceuta dengan meletakkan kawat berduri di atas pagar.

9. Sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog


Baarle-Nassau adalah sebuah bandar di Belanda. Merupakan pembahagian sempadan dengan daerah Baarle-Hertog di Belgium.

Baarle-Hertog terdiri dari 26 bahagian terpisah dari wilayah yang dikelilingi oleh Baarle-Nassau, tetapi beberapa bahagian dari Baarle-Hertog juga adalah daerah milik Baarle-Nassau.Bahagian wilayah terkecil milik Belgium iaitu hanya dua pertiga dari (seperempat hektar) hektar.

Sempadan ini begitu rumit sehinggakan ada beberapa rumah yang terletak di tengah-tengah sempadan. Gambar di atas memaparkan Belanda di sebelah kiri dan Belgium di sebelah kanan.

Monday, March 28, 2011

Jangan pandang rendah luahan hati rakyat Malaysia kelak menyesal

"Assalamualaikum, Agak lama juga saya tidak menulis artikel dan terakhir sekali awal tahun ini sekadar mengucapkan tahun baru pada semua rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan di tahun 2011.

Tapi kali ini saya akan mencatatkan pengalaman saya sendiri sewaktu berada di ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahm (DSAI) semalam 25 March 2011 di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali di Taman Melawati.

Saya dan suami berada lebih awal di pusat ceramah kerana kami singgah mandi dan solat di rumah adik saya di Lembah Keramat.

Saya memang sudah sedia maklum kalau ceramah melibatkan DSAI, kesukaran untuk masuk ke tempat ceramah memang akan berlaku dengan sekatan pihak PDRM. Memang benar jangkaan saya kerana PDRM telah mula memasang halangan seperti biasa. Tak apalah kerana itu tugas mereka, kita tugas kita.

Mungkin kami tiba awal jadi amat mudah untuk kami masuk menggunakan jalan lain. Waktu itu, masih belum ramai pengunjung dan peniaga-peniaga pun baru memasang gerai masing. 

10 kereta api terlaju di dunia

1. Tokaido Shinkansen – Jepun


Jepun mengejutkan dunia dengan melancarkan kereta api ini pada tahun 1964 untuk melalui bandar Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka, dan kelajuan kereta api ini ialah 201km / jam

2. JR-Maglev MLX01 – Jepun


Kereta api yang menggunakan magnet superkonduktor train (maglev) ini mampu mencapai kelajuan 581km / jam, tapi kereta api ini tidak digunakan secara komersial.

Sunday, March 27, 2011

Melayu kita jika tidak ada telekung putih tak boleh sembahyang


Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan High heel nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.

“Permisi Mas…di mana tempatnya Musalla orang solat?” Tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.

“Oh..kapannya di sebelah sana..belakang parkir kereta” Saya menjawab berbahasa indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya.

Bersama saya teman seorang mahasiswa di salah sebuah Universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan di Malaysia.

Tidak menjadi suatu mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke Surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..