Thursday, March 10, 2011

Pembebasan al Quds lebih dekat dari bayangan manusia

Salam,

Bersyukur kepada Allah, blog ini masih boleh dibuka setelah sehari tidak dapat dibuka akibat diserang oleh manusia yang benci dengan Islam.

Penulis tidak tahu motif serangan, adakah kerana politik , adakah kerana blog ini terlalu banyak memaparkah kisah orang bukan Islam memeluk Islam, adakah kerana blog ini banyak membawa kisah-kisah berbentuk pengajaran dan peringatan kepada umat Islam yang derhaka atau adakah kerana blog ini memaparkan banyak pengetahuan mengenai kebesaran Allah.

Memang agak kecewa apabila blog diserang , tidak dapat dibuka , tidak dapat berdakwah melalui blog. Dah la jauh di negeri orang, nak tolong jamaah bukan duduk di Malaysia.

Namun, apabila membaca keyakinan pejuang Palestin yang lebih dahsyat menerima serangan Yahudi.
Rasa kecewa jadi hilang, rasa yakin bahawa Allah akan sentiasa menolong pejuang yang menolong agamaNya.

Terima kasih kepada Cenangau yang berjaya memulihkan blog ini dari Malaysia.


Apabila membaca ucapan Dr. Mahmud Zahar pemimpin Hamas Palestin yang yakin dengan pertolongan Allah, terasa kerdilnya diri dan sedikitnya sumbangan diri kepada Islam dibandingkan dengan pejuang di Palestin. Bacalah ucapan Dr. Mahmud Zahar....

“Pembebasan Palestin adalah fakta al-Quran. Kami akan mendapatkan kemenangan, dengan izin Allah. Kami mnerima siapa saja yang membela Palestin, siapapun dia. Kerana ini adalah projek kemanusiaan bagi semua manusia.”

Demikian ditegaskan anggota Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam Hamas, Dr. Mahmud Zahar, dalam pidato penutup konferensi ke-8 Yayasan al Quds Internasional di ibukota Sudan, Khartoun, Isnin 7/3/11.

Zahar mengatakan, “Kami menegaskan tekad kami untuk tidak undur sehingga panji tauhid berkibar di atas semua tanah Islam yang terjajah dan kezaliman terbebas darinya.”
Dia menambahkan, “Kami menegaskan bahwa pembebasan al Quds lebih dekat dari yang dibayangkan manusia. Mereka menghalang kami dalam semua perkara.

Mereka menghalang kami dalam perkara makaman, pendidikan… dan kami patahkan halangan dengan doa yang tulus dan berkah dari Allah sebelum yang lainnya.”
Pimpinan tertinggi Hamas ini menyampaikan penghormatan kepada warga al Quds yang telah melahirkan seorang tokoh agung seperti Syaikh Raed Shalah, pembela pertama Palestin dan al Quds.

Dia juga menyampaikan penghormatan kepada warga Tepi Barat yang teguh menghadapi penderitaan akibat pendudukan Zionis dan kuncu-kuncunya.

Penghormatan juga dia sampaikan kepada warga Gaza yang telah memberikan anak-anak dan rumah-rumah mereka, namun demikian mereka tetap mempertahankan senjatanya dan akan memasuki masjid al Aqsha serta akan mengubah kawasan kuil Yahudi menjadi lapangan pembebasan dengan izin Allah. (asw)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...