Thursday, August 12, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 4 )

Salam,
Sebaik Tok Ketua umum sahaja begitu, orang jamaah mula bising dan berlakulah pertengkaran antara Tok Ketua dengan orang jamaah. Orang jamaah berkeras nak penulis jadi imam Raya dan baca Khutbah. Tok Ketua kata tak boleh sebab penulis orang luar kampung.
Sebut sahaja orang luar, orang jamaah marah kepada Tok Ketua dan beri tahu Tok Ketua bahawa datuk penulislah yang usaha tubuh surau itu. Sejarah lama pun diungkit kembali. 
Orang Ubn lain tak kata apa2, hanya Tok Ketua bersuara. Imam tua pun tak kata apa2 kerana memang perangainya begitu , cucuk2 orang supaya bergaduh sedang dia sendiri tak berani bersuara.
Bila penulis tengok orang jamaah tak berhenti, penulis tarik Tok Ketua tanya kenapa dia buat begitu dan bagi tahu dia sebagai ketua sepatutnya berlaku adil tak kira parti. 

Tuesday, August 10, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 3 )

Salam,

Apabila penulis masuk ‘U’ dan terlibat aktif dengan jamaah kampus, penulis jarang balik kampung. Tapi penulis tak tinggal terus surau, bila balik penulis akan ke surau berjemaah. Surau seperti biasa, kadang2 ada jemaah kadang2 tak ada.

Imam tua seperti biasa masih jadi ikutan dan harapan orang2 Ubn kampung kerana mereka tidak ada orang lain yang mampu. Imam tua pun tahu tidak ada siapa yang berkemampuan seperti dia, jadi apa sahaja yang dibuat walau tidak betul , tiada siapa berani tegur.

Surau hanya ramai pada malam Jumaat apabila budak2, orang perempuan dan beberapa orang Ubn datang untuk baca Yaasin. Malam lain sunyi, Imam tua bukan hari2 datang surau , tapi malam Jumaat pasti datang sebab masa inilah nak tunjuk kehebatannya ketuai bacaan Yaasin dan tahlil.

Apabila habis ‘U’ , penulis rasa masanya sudah tiba untuk betulkan keadaan di kampung. Sebelum ni bukan tak mahu terlibat tapi tumpuan banyak kepada jamaah kampus. Lagi pun rasa diri masih muda untuk betulkan keadaan di kampung.

Pada masa itu, sudah ada banyak kedengaran tak puas hati orang2 jamaah dan atas pagar di kampung terhadap Imam tua yang menguruskan surau. Masalah pingan mangkuk, bil air dan letrik dan macam2 lagi.

Penulis ajak orang jamaah dan atas pagar pergi surau, ada di kalangan orang atas pagar yang boleh jadi imam dan ketuai bacaan tahlil tapi tak berani dengan Imam tua.