Saturday, July 10, 2010

Tulahan : Pejuang yang kekal dan gugur

Salam,


Penulis ambil satu artikel masuk dalam blog ini kerana melihat kepada realiti yang berlaku dalam jamaah. Hakikat ini tidak boleh dinafikan berlaku di semua kawasan. Ramai penulis blog yang tidak berada di medan mungkin tidak merasai hakikat ini, jadi tulisan mereka tidak berada di lapangan sebenar.

Mereka yang berada di medan perjuangan merasai mehnah ini dan ramai antara mereka berjuang bukan untuk menjadi wakil rakyat tapi ikhlas kerana Allah.

Jika mereka dipilih oleh jamaah bukanlah kerana mereka minta tetapi jamaah perlukan kepimpinan mereka. Justeru , kita boleh mengenali mereka dipilih menjadi wakil rakyat jamaah sebelumnya adalah pejuang yang sudah merasai jerih perih dalam perjuangan.

Malah apabila mereka bergelar YB, mereka tetap kekal kehidupan seperti sebelumnya. Mereka guna elaun YB cukup2 untuk keperluan diri dan keluarga, sebahagian besar yang lain untuk jamaah dan rakyat.

Mereka tidak guna peluang sebagai YB untuk tukar kereta mewah, tukar perabut rumah, beli rumah baru dan jika menjadi pemerintah tidak sibuk buru projek untuk diri sendiri.

Mereka tidak lupa kepada sahabat seperjuangan dan ahli-ahli jamaah. Tidak lupa diri , tidak sombong, tidak ego , tidak besar diri dan disayangi ahli jamaah.

Tulisan sunsnake ini memang ada kebenarannya kerana ada yang gugur kerana bebanan dan tekanan semasa berjuang. Namun, sebenarnya ada yang kekal dan terus berjuang di medan.

Mereka yang kekal kerana memahami ujian Allah kepada pejuang Islam. Memang sedih melihat mereka yang gugur kerana tidak tahan menerima ujian malah mereka belum memahami hidup dalam perjuangan akan berhadapan dengan ujian Allah.

Benar, pejuang yang betul-betul berjuang tidak ramai, tapi yang tidak ramai itulah berjaya menumbangkan Ubn di banyak kerusi. Jika lebih ramai pejuang sebenar ini, penulis yakin matlamat untuk tawan Putrajaya akan tercapai.

Bacalah tulisan sunsnake di bawah untuk renungan.

Tanpa menafikan akan sokongan rakyat yang semakin baik terhadap PR, teman merasakan perlunya aktiviti menambah keahlian dan pendokong untuk parti-parti didalam PR.

Seperti contoh PAS, parti ini mempunyai penyokong yang agak ramai! Keahlian pun sudah melebihi 1juta ahli tetapi malangnya dikebanyakkan tempat, jumpah penyokong yang berani kedepan sebagai pendokong sangat sedikit!


Didalam pelbagai aktiviti, muka-muka itu sahajalah yang kelihatan!

Baik didalam merencana aktiviti, menjayakan aktiviti sampai la menutup aktiviti!

Apabila berlaku bebanan kerja dalam urusan parti, akan menyebabkan kemungkinan untuk berlaku kelemahan agak tinggi dan hasil yang kurang memuaskan!


Haaa.. dikala itu akan muncullah pengomen-pengomen yang sejak sebelum aktiviti dirancang sampai la aktiviti berakhir meluahkan pelbagai teori dan sebab mengapa aktiviti tersebut gagal ataupun kurang cemerlang!


Aduyaii!! disinilah sebenarnya golongan pendokong tadi diuji kesabarannya.


Kesan buruk daripada hal sebegini ialah apabila golongan pendokong tadi jadi berputus asa @ kecewa. Teman sendiri pernah dan sedang menyaksikan ramai pendokong aktiviti parti yang kini telah bergelar 'bekas' pendokong!


Dia yang dulunya hebat! berada dibarisan hadapan.. menyertai pelbagai aktiviti parti baik sebagai perencana dan juga sebagai pelaksana.
Akhirnya lenyap@pupus secara perlahan-lahan.. kerana apa?
kerana apabila dia menonjolkan diri..
dialah yang akan menjadi 'mangsa' arahan pimpinan..
dialah yang kena ke sana-sini..
dialah yang kena mengadap pimpinan balik..
dan sekiranya gagal aktiviti tersebut atau kurang memuaskan.
dia jugaklah yang akan di'tembak' didalam mesyuarat mahupun muktamar!

Alasan mudah ialah, inilah dia perjuangan..

Benar.. inilah dia perjuangan.. tetapi itu hanya alasan mereka yang malas nak memikirkan bagaimana mahu membantu golongan pendokong itu tadi!

Gejala membiarkan mereka yang aktif didalam Parti menjadi 'superman' yang diharapkan untuk banyak aktiviti,lajnah WAJIB ditangani segera sebelum parti kehilangan sekian ramai ahli-ahli yang sangat berbakat dan berpotensi!

Penulis berharap pimpinan jamaah di kawasan membaca tulisan sunsnake ini dan berusaha mengelak kehilangan pendokong perjuangan. 
 
Wassalam.

Wednesday, July 7, 2010

Tulahan : Ada peluang tak guna, dah tak ada nak marah pula

Salam,



Apabila pemuda Umno buat kenyataan bahawa orang bukan Melayu lebih banyak mendaftar sebagai pengundi berbanding orang Melayu dengan nisbah 40 : 1. Maka bisinglah akhbar2 perkauman Ubn membesarkan kenyataan ini.

Kemudiannya diberitakan juga bahawa DAP paling banyak mendaftar pengundi Cina , sebab tu orang bukan Melayu lebih ramai mendaftar.

Muncul pula kenyataan pemimpin2 Umno yang mengambarkan bahawa kuasa orang Melayu akan semakin terhakis kerana orang bukan Melayu lebih banyak mendaftar.

Media perkauman canang hari2 , seolah2 orang Melayu dalam bahaya. Kenyataan pemuda Umno ini pula disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR , nampak macam betul la.

Isu yang dicipta oleh pemuda Umno sebenarnya lebih bertujuan meningkatkan motivasi petugas pemuda Umno yang sangat lesu mendaftar pemilih baru.

Pemuda Umno juga gunakan isu ini untuk membangkitkan sentimen perkauman bahawa orang Melayu semakin kecil kuasa politik, jadi kena bangkit sokong parti Melayu.

Bagaimanapun isu ciptaan pemuda Umno ini membuka peluang kepada pemimpin PR menyerang SPR yang gagal bertindak mendaftar pengundi baru.

Pemimpin PR bijak guna peluang melalui isu ini untuk desak kerajaan Ubn supaya membuat pendaftaran pemilih secara outomatik. Desakan yang semakin kuat dari pelbagai pihak supaya kerajaan membuat pendaftaran secara outomatik menyebabkan SPR bagai cacing kepanasan .

Kerajaan Ubn tidak akan bersetuju dengan pendaftaran secara outomatik kerana senjata untuk manipulasi undi akan tertutup.

Akhirnya, muncullah Pengerusi SPR untuk redakan isu ini . Pengerusi SPR memberi data sebenar bahawa orang Melayu lebih banyak mendaftar daripada orang bukan Melayu dengan nisbah 2 : 1.

Kenyataan Pengerusi SPR ini sebenarnya tidak lain bertujuan untuk mengurangkan desakan pendaftaran secara outomatik. Namun , kenyataan ini telah membuktikan penipuan pemuda Umno yang sengaja mencipta isu dan mendedahkan tembelang Timbalan Pengerusi SPR yang mengesahkan kenyataan pemuda Umno.

Walaupun ada kenyataan Pengerusi SPR untuk kurangkan desakan, tapi desakan pendaftaran secara outomatik tetap kuat. SPR buat kenyataan terbaru bahawa pendaftaran secara outomatik akan menyebabkan huru hara semasa hari mengundi. Alasan paling bodoh yang dapat diberi setakat ini.

Ada juga pemimpin PR yang guna peluang isu ciptaan pemuda Umno dengan menyalahkan Ubn kerana melekakan anak muda Melayu dengan hiburan sehingga kesedaran politik orang muda Melayu kurang.

Janganlah berharap pendaftaran secara outomatik ini akan dilaksanakan selagi Ubn berkuasa. Walaupun begitu PR sebenarnya ada peluang melalui Pendaftar Pemilih Sementara (PPS) yang mewakili parti politik untuk mendaftar pemilih baru. Gunalah peluang itu untuk mendaftar seramai mungkin pemilih baru.

Bagi jamaah, Pengarah pilihanraya pusat dah bagi amaran bahawa Kedah dan Selangor akan jatuh ke tangan Ubn dalam PRU 13, jika pemilih baru tidak ditambah. Bila Kedah dan Selangor boleh jatuh, negeri lain jangan beranganlah.

Penulis dah banyak ulas berkaitan pendaftaran pemilih baru, bacalah di sini . Peluang melalui PPS ini sepatutnya digunakan sepenuhnya. Sebelum ini, SPR tak bagi peluang ini dan ramai yang marah kepada SPR kerana lantik orang Ubn sahaja jadi PPS.

Tapi bila peluang sudah ada, tak digunakan. Hakikat yang perlu diakui semua bahawa ramai pemimpin jamaah yang tak ambil hirau bab daftar pemilih baru. Anggapan mereka kerja daftar pemilih ini kerja PPS yang dilantik, serah bulat2 kepada PPS. Jadi buatlah kerja PPS ini sendiri, akhirnya PPS lemah semangat langsung tak buat daftar pemilih.

Memang pemimpin jamaah nampak bersemangat dalam muktamar, tapi bila balik kawasan arahan pimpinan tertinggi tidak dilaksanakan.

Sebenarnya , ramai yang boleh bantu PPS daftar pemilih baru. Semua yang berada dalam organisasi jamaah ada peranan bantu PPS. Sementara peluang daftar pemilih melalui PPS masih ada, bantulah PSS daftar pengundi muda seramai mungkin.

Bila dah ditarik balik, janganlah dok marah SPR. Dengar cerita, SPR dah mula kurangkan PPS parti politik. Dulu seorang PPS ikut DUN, sekarang seorang PPS untuk satu Parlimen. Tak lama lagi, tak dak langsung.

Cerita pasal peluang, penulis hairan dengan pemimpin jamaah di kawasan yang tak mahu guna peluang hebahkan aktiviti jamaah terutama aktiviti kebajikan dalam akhbar harian RM 1.
Nak kata tidak ada yang pandai tulis berita, tidak juga sebab ramai pemimpin jamaah yang keluar U, yang kerja kerajaan, yang jadi cikgu.

Penulis pernah beri cadangan dalam muktamar pemuda negeri kepada pemimpin pemuda jamaah yang bagi tahu tak boleh nak ke depan kerana akujanji . Penulis saran kepada mereka tak perlulah ke depan, tak perlu tonjol diri sebaliknya bantu jamaah dengan kerja-kerja yang tak nampak tapi beri kesan kepada masyarakat.

Penulis minta mereka bantu lujnah penerangan buat berita aktiviti jamaah untuk sebaran umum atau melalui akhbar harian RM 1. Bukan payah pun, nak tolong atau tidak sahaja.

Banyak berita terutama tentang program kebajikan kepada masyarakat yang boleh dihebah kepada umum. Berita ini akan menaikkan imej jamaah dan Ubn tak boleh tuduh jamaah tak bantu rakyat kerana rakyat tahu melalui berita yang tersebar.

Dulu tak da ruang langsung berita aktiviti jamaah dalam akhbar harian. Berita kebajikan jamaah kepada rakyat tak ramai yang tahu. Ubn guna peluang tuduh jamaah hanya pandai ceramah tapi tak buat aktiviti untuk bantu rakyat.

Masa tu pemimpin jamaah bagi alasan rakyat tak sokong jamaah kerana tak tahu kerja kebajikan jamaah sebab tak masuk berita dalam akhbar harian. Semua akhbar harian hanya keluar berita Ubn tolong rakyat.

Sekarang dah ada peluang, gunalah peluang berbaik2 dengan pemberita . Mereka mencari berita, berilah berita kepada mereka.

Lujnah penerangan tak perlu keluar kos nak cetak risalah berita, tak perlu rumah ke rumah untuk hebahkan berita kebajikan jamaah. Hanya ambil gambar dan tulis berita. Hari ini tulis, esok keluar berita.

Pernah perwakilan jamaah kawasan marah kepada harakah kerana tidak keluar berita aktiviti kawasan mereka. Bila ada peluang masuk akhbar harian RM1 tak da pun berita aktiviti kawasan keluar.

Harakah hanya dibaca ahli dan penyokong jamaah. Tapi akhbar harian RM 1, masuk ke semua rumah termasuk rumah penyokong kuat Ubn seluruh negeri.

Peluang ini masih tak digunakan oeh pemimpin jamaah kawasan. Di Perak, hanya pemuda negeri dan beberapa jamaah kawasan yang ambil peluang ini. Ada kawasan yang langsung tak da berita, sedangkan banyak aktiviti. Di negeri2 lain , lebih kurang begitulah juga.

Bukan tidak ada yang boleh bantu lujnah penerangan buat berita, tapi ada satu sifat yang menyebabkan mereka tak mahu tolong iaitu sifat tak mahu orang lain dapat nama , popular, dapat perhatian kerana keluar berita dalam akhbar harian.

Ada terdetik di hati mereka “ aku yang susah2, depa yang dapat nama. Mana boleh”

Kepada mereka penulis nak pesan. Walaupun orang tak tahu siapa yang buat berita , biarkanlah tapi inggatlah ganjaran pahala yang diperoleh kerana berita yang ditulis menaikkan imej jamaah Islam, mengubah manusia daripada tidak menyokong kepada menyokong perjuangan Islam.

Wassalam.