Saturday, May 8, 2010

Tulahan : Cakap nak rampas kerusi Ubn, tapi........

Salam,



Hari ini, penulis ada masa nak menulis. Ada masa nak ulas data jumlah pemilih yang didaftar parti politik untuk tahun 2009 sehingga Februari 2010. Sebenarnya, tak ramai yang nak ulas termasuk pimpinan jamaah yang masih anggap mendaftar pemilih baru ini tak penting. Jika pimpinan jamaah pun tak ambil berat, janganlah harap ahli dan penyokong nak ambil hirau.

Berdasarkan data ini, jumlah pemilih baru didaftar parti2 dalam PR melebihi BN. PR daftar 38 143 berbanding BN 26 962. Memang la lebih, tapi kena fikir bahawa banyak lagi pemilih baru yang ditolong daftar untuk BN oleh komponen tak rasmi Ubn. Bukan sikit berkali ganda, tak percaya pergilah ke pejabat komponen tak rasmi Ubn untuk semak.

Tak perlu sentuh lah yang didaftar komponen tak rasmi Ubn. Penulis nak sentuh yang didaftar oleh parti2 politik. Patut pun Ubn tunjuk hero kepada komponen BN yang lain, sebab Ubn paling ramai daftar pemilih baru sebanyak 24 818 daripada 26 292. Mana Ubn tak marah, semua kerja Ubn yang buat. Tak boleh harap MCA, MIC dan Gerakan yang segalanya lemah.

Itu BN, PR pula bagaimana? Paling hebat DAP yang daftar 17 790 pemilih baru, PAS 17 022 banyak juga dan PKR hanya 3321 paling lemah. Kenapa DAP paling banyak? sebab mereka nak menang lagi PRU 13.
DAP guna peluang sungguh2 dengan sokongan orang cina untuk daftar seramai mungkin. Malah pimpinan tertinggi mereka pun sanggup duduk di kaunter daftar pemilih untuk daftar pemilih baru.

PKR pula semua pun tahu, tak da akar umbi nak buat kerja tu. Pimpinan yang tinggi2 tak pandang la kerja daftar pemilih ni. Jadi sapa nak buat kerja untuk PKR, mungkin ada dilantik jadi penolong pendaftar tapi sekadar ada nama sahaja. Pelik daftar jadi ahli PKR ramai sampai puluh ribu sebulan, tapi daftar pemilih tak boleh nak buat. Mungkin mereka berharap pada gelombang Anwar sahaja.

Penulis tak mahu komen banyak pada DAP dan PKR, cukup sikit2. Penulis nak tumpu kepada jamaah di seluruh negara. Memang patut penulis komen kerana penulis selalu sangat dengar pimpinan jamaah cakap, PRU 13 nak tawan negeri tu, negeri ni, kawasan tu, kawasan ni tapi daftar pemilih tak buat cakap ja lebih.

Pertama , penulis nak ucap tahniah kepada JPN Perak bos dia Hj. Asmuni sebab di kedudukan no. 2 paling banyak daftar selepas Kelantan dan lebih tinggi dari DAP dan Ubn di Perak. Kena berterusan begini supaya dapat rampas banyak kerusi Ubn disamping kekalkan yang duk ada. Namun, penulis dapat tahu tak semua kerusi yang jamaah bertanding banyak daftar. Ada satu dua yang masih tak buat, mungkin jentera jamaah di sana juga berharap pada gelombang Anwar.

Tak hairan juga jika Kelantan terus kekal diperintah jamaah selepas PRU 13. JPN Kelantan buat kerja ni berterusan tak berhenti, tak tunggu dekat pilihanraya umum baru sibuk nak daftar. Begitu juga Kedah, walaupun bersaing sengit dengan Ubn. Penulis yakin jamaah akan dapat banyak kerusi dan rampas kerusi dari Ubn. Sebab itulah, Ust. Azizan tak takut bubar DUN jika ada tiga katak PKR lagi lompat.

Penulis musykil dengan pemilih baru didaftar jamaah di Terengganu, betul ka banyak tu. Jauh dari Ubn yang daftar 7688 sedangkan jamaah hanya 1349. Kalau ikut rekod masa lepas, JPN Terengganu banyak daftar pemilih baru, pasal apa kali ni rendah atau belum panas lagi. Abang Ariffin tuan Pengarah JPN tentu ada jawapannya.

Pimpinan jamaah Terengganu selalu keluar media optimis akan rampas pada PRU 13. Tenggok pada data ni, rasa payah nak rampas, nak tambah kerusi berat , nak kekal yang ada pun payah. Tak tahulah mungkin ini strategi JPN Terengganu daftar lambat2, jangan jadi mangsa gelak kumpulan anti 'kerajaan perpaduang' sudah la.

Selangor serupa tu juga, DAP dan Ubn lebih dari jamaah. Pimpinan jamaah Selangor dok canang akan rampas banyak kerusi Ubn untuk jadi tonggak kerajaan Selangor tapi jika daftar pemilih pun lemah, tok sah dok harap sangat la. Kumpulan anti 'kerajaan perpaduang' dok tunggu masa ja nak belasah. Jadi JPN Selangor kena ambil berat usaha daftar pemilih baru ni, DAP boleh jamaah pun kena boleh.

Boleh bagi pujian kepada JPN Pahang, paling tinggi berbanding parti2 lain. Walaupun begitu masih kecil untuk menang dan penulis tahu hanya kawasan kerusi tertentu yang aktif buat daftar pemilih. Banyak lagi kerusi yang perlu diketuk supaya buat kerja daftar pemilih baru.

Negeri2 lain sangatlah teruk, macam tak mahu menang. Kalau dengar pimpinan jamaah di Pulau Pinang bercakap, hebat nak tawan habis semua kerusi yang bertanding. Tengok daftar pemilih hanya 32 orang ja didaftar satu tahun. Ada pimpinan jamaah di sana tanya penulis, macamana dengan daftar pemilih Parit Buntar? tanya macam la hebat gerak kerja daftar pemilih negeri dia. Rupanya teruk, sepatutnya soalan itu bukan kepada kawasan Parit Buntar, tapi tanya la kawasan kerusi yang jamaah nak bertanding di Pulau Pinang.

Semasa PR baru perintah Pulau Pinang, penulis sakit hati dengar cakap pimpinan jamaah di sana. Menang satu kerusi tapi nak minta macam2. Kemudian dok tuduh DAP anti Islam la, DAP tolak PAS la. Yang paling keras mantan Ketua Pemuda yang sekarang dah tak pegang jawatan jamaah. Dia ni sekarang cakap pun dah lain, masa Zaid dipilih jadi calon PRK Hulu Selangor keluar kenyataan media dia bantah Zaid. Ubn dok jaja kenyataan dia merata kampung. Tak lama dia mungkin ni jadi Ibrahim Ali Pulau Pinang.

Negeri2 Selatan Melaka, N. Sembilan dan Johor tak tahu apa sebab JPN di sana tak pentingkan daftar pemilih baru. Nak kata lemah, dak juga Johor boleh menang dua kerusi, N. Sembilan satu kerusi. Sepatutnya masa ni la kerja sungguh2 untuk menang. Lemah sungguh tengok data tu, macam tak dak jamaah di negeri ni.

Baca dalam Mutaligat semasa isu pemuda Ubn halang daftar pemilih di pasar malam. Macam bersungguh jamaah di sana buat daftar pemilih, rupanya tidak 32 orang ja satu tahun.DAP yang banyak daftar, mustahil tak dak anak orang jamaah yang cukup 21 tahun untuk didaftarkan.

Ramai yang anggap daftar pemilih bukan faktor penting untuk menang. ada faktor lain yang boleh bawa kemenangan contohnya faktor gelombang Anwar. Bagi penulis betul ada faktor lain, tapi gerak kerja daftar pemilih ini adalah cerminan gerak kerja jamaah untuk menang di sesuatu kerusi. Jika daftar pemilih ceroi, gerak kerja lain pun ceroi juga la tu.

Sehingga Februari 2010 PR daftar 6824, BN 5490. Ada peningkatan pada PR dan penulis yakin akan terus meningkat. Jangan tunggu dekat PRU 13 , masa masih belum terlambat sebelum sampai PRU 13. JPN negeri2 kena ambil perhatian data ini. Pimpinan jamaah semua peringkat kena buat kerja daftar pemilih baru terutama anak2 ahli dan penyokong jamaah yang masih ramai belum mendaftar.

Wassalam.