Thursday, July 30, 2009

Tulahan : Puak pemuja ISA


Salam,


Himpunan Mansuh ISA akan diteruskan walaupun ada ugutan, ada larangan dan ada cabaran. Sama juga semasa himpunan BERSIH dan Mansuh PPSMI. Kedua-dua himpunan itu berjaya mengumpul lebih 50 000 hingga 100 000 rakyat.

Kedua-dua himpunan itu adalah aman, tetapi menjadi kecoh apabila polis buat hal. Kalau himpunan di negara lain, polis tolong kawal perhimpunan supaya berjalan lancar. Tapi di Malaysia, 1 Malaysia tahu bila himpunan berlaku, polis yang bersungguh nak berlawan dengan peserta himpunan aman.

Himpunan kali ini mendapat cabaran dari puak pemuja ISA yang juga nak buat himpunan pada tarikh yang sama. Semua kita tahu, siapa puak-puak ini dan siapa dibelakang puak-puak ini?.

Puak-puak ini mula muncul selepas pilihanraya umum ke 12 iaitu apabila umno dah nampak nazak. Muncul dengan pelbagai nama untuk membela melayu. Puak-puak inilah yang buat demo bantah kerajaan Selangor kerana isu babi, buat demo sokong raja semasa krisis di Perak dan terbaru buat demo bantah kerajaan Kedah juga kerana babi.

Puak-puak ini pernah buat demo sokong ISA dan yang terakhir buat di Komtar Penang. Bila umno tak setuju kepada kerajaan Pakatan ke atas apa-apa isu maka muncullah puak-puak ini buat demo kononnya atas nama Melayu.

Zalimnya ISA

Salam,


Himpunan 1 Ogos dah makin dekat. 1 Malaysia dah siap nak pergi. Yang muda, yang tua, yang tinggi, yang pendek, yang hitam, yang putih semua dah sedia nak pergi bagi tahu kerajaan tak mahu dah ISA. MANSUH ISA

Penulis nak paparkan di sini satu testimoni anak tahanan ISA yang diambil dari blog merdekareview . Bila membacanya rasa memang terkesan , betapa zalimnya akta yang dipuja oleh puak-puak pemuja umno ini.

Apa pun bacalah testimoni ini.

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......