Saturday, November 8, 2008

Tulahan : Meja guru

Salam,

Go to fullsize image

Dulu semasa bersekolah kita menghormati guru, sehinggakan meja dan kerusi guru pun kita tak berani nak sentuh. Takut dan tanda hormat kepada guru.

Masa penulis mengajar sekolah menengah di PB. Budaya hormat kepada guru masih ada pada anak murid sekolah ini. Walaupun pelajar tu kelas belakang, lemah akademiknya tapi kerusi dan meja guru tak disentuh walaupun guru tiada dalam kelas.

Meja guru sentiasa dialas dengan penutupnya, dihiasi bunga ,dibersihkan selalu.

Sekarang penulis mengajar di tempat baru, pelajar di sini dah tak hormat kepada guru. Bayangkan mereka boleh pijak-pijak kerusi guru bila guru tiada dalam kelas. Meja guru pula tidak dialas, malah dipecah2, diconteng semacam kerusi mereka juga.

Friday, November 7, 2008

Tulahan : Dulu dan sekarang

Salam,

Setiap 2 minggu penulis akan balik ke Parit Buntar untuk buat kerja-kerja jamaah. Ada yang tanya kenapa tak berjuang di tempat baru?. Kerana penulis tak akan lama di tempat baru, sampai masa balik semula ke PB.

Bila balik PB bukan balik kosong, ada kerja jamaah yang kena selesaikan. Penulis lebih kepada konsep menolong rakan2 seperjuangan.

Dah tak pegang jawatan tinggi dalam jamaah. Semua dah letak sebab ambil tanggungjawab tidak lagi tinggal di PB. Tak mahu dikata tamak sangat jawatan. Tapi kadang2 terfikir, letak tak letak pun buat kerja serupa juga.

Tulahan : Blog dah lama tapi baru nak mula

Salam Ukhuwwah,

Blog ini dah lama wujud, sejak selepas PRU Ke 12. Penulis berhasrat nak luah pandangan berkaitan politik semasa. Tajuknya pun 'Tulahan' . Tulahan diambil dari perkataan 'tulah'.

Masyarakat tradisional Melayu percaya sesiapa yang derhaka kepada sultan akan ditimpa tulah. Tulah ialah bencana yang akan menimpa kepada orang yang menderhaka kepada sultan.